GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, October 20, 2014

BANTUAN DANA KOPERASI SMBK NS BERHAD

BERITA DAN MAKLUMAT PENTING

 UNTUK

 WARGA SMBK DAN AHLI KOPERASI ALUMNI SMBK NS BERHAD.

@@@@@@@@@@@@@@@


Assalamualaikum wbt.....

Untuk makluman kawan-kawan bahawa KOPERASI ALUMNI SMBK NS BERHAD akan memulakan projek pasar mini bersaiz sederhana seperti mana yang telah diajukan oleh Dato' Pengerusi kita seawal penubuhan koperasi dahulu.

Modal yang terkumpul setakat ini ialah sebanyak RM16,000.00.  Untuk merialisasikan projek ini pihak koperasi memerlukan lagi modal sebanyak RM35,000.00

Oleh kerana kekurangan modal pihak koperasi memohon kawan-kawan terutama kepada ahli-ahli koperasi dapat membantu untuk menjalankan projek pasar mini tersebut demi untuk koperasi kita ini.

Sumbangan adalah dalam bentuk saham kepada koperasi atau dalam bentuk pinjaman sementara.

Semua urusan sumbangan ini akan diselaraskan oleh Pn Siti Shara bt A.Kadir iaitu Setiausaha kepada Koperasi SMBK NS Berhad.

Harapan semuga projek ini akan memberi pulangan berterusan kepada koperasi dan kepada ahli-ahli koperasi kelak.

Salurkanlah bantuan atau sumbangan kawan-kawan ke akaun MAYBANK 155135036952 sekiranya sumbangan telah dibuat, sila SMS setiausaha atau sdr Mohd Sharif bin Ahmad dengan kadar segera.

In Shaa Allah perasmian akan dibuat pada 30 November 2014 dan akan dirasmikan oleh YBhg Dato' AB Jalil bin Abdullah serta Pegawai SKM Datin Hjh Normah bt Ali.

Sila hubungi Setiausaha Koperasi atau Sdr Mohd Sharif bin Ahmad untuk keterangan selanjutnya.

No. Tel: Siti Shara bt A.Kadir  -  0133563911
No. Tel: Mohd Sharif bin Ahmad -  0122345889

Sekian.



SSAK.





Saturday, October 4, 2014

 

@@@@@@@@@@@@@@

 

PENGUMUMAN UNTUK WARGA SMBK 69/74


AsSalam.....

Adapun diberitahu bahawa REUNION SMBK 69/74  pad 24, 25 & 26 OKTOBER 2014 di LANGKAWI di BATALKAN oleh itu tiada lagi penangguhan buat sementara ini.

Pembatalan ini berdasarkan kurang sambutan dan minat dari warga SMBK serta beberapa permasalahan seperti kenduri kawin, kekangan kerja oleh warga2 Smbk sendiri dan beberapa masalah yang lain.

Sekiranya jika warga SMBK masih berminat untuk mengadakan reunion ini, sila usulkan kepada Pengerusi atau Setiausaha reunion untuk dibincangkan atau dipertimbangan semula di masa akan datang.

Kami Pengerusi dan Setiausaha memohon berbanyak2 maaf jika di atas perkara ini kami telah menyulitkan semua atau jika ada kesalahan dan kesilapan yang kami lakukan disepanjang pertemuan dan pergaulan yang terjalin semula baik yang zahir atau yang tidak zahirnya.


Disamping itu kami berdua mengucapkan selamat HARI RAYA AIDILADHA kepada semua warga Smbk.


Sekian terima kasih.

Daripada: Setiausaha Reunion SMBK

SSAK

@@@@@@@@@@@@@@

Thursday, August 14, 2014

ATURCARA PERCUTIAN KE LANGKAWI- REUNION KALI KE 4 SMBKNS.

TARIKH 13/14/15 SEPTEMBER 2014 .

HARI SABTU, AHAD DAN ISNIN

TEMPAT DI ASENIA RESORT & SPA
SIMPANG TIGA
JALAN PANTAI TENGAH
LANGKAWI.


BAJETLAH TEMPOH PERJALANAN SENDIRI..


TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN:

HARI SABTU 13 SEPTEMBER 2014

3.00   PTG BAS BERTOLAK DARI JETI KE HOTEL PENGINAPAN.
JIKA TERLEWAT DAN KETINGGALAN BAS, BOLEH NAIK TEKSI.

3.30   MENDAFTAR MASUK DI HOTEL, WELCOME DRINK

4.00   MANDI KOLAM BERAMAI-RAMAI (SAPO TAK MANDI GHUGI PAKAIAN MANDI BAWAH SENDIRI)

7.00   MALAM BERSIAP UNTUK SOLAT MAGHRIB  

8.00   MALAM TIBA KE DEWAN JAMUAN UNTUK MAJLIS BERMULA
JAMUAN MUNGKIN DI DALAM DEWAN ATAU MUNGKIN DI TEPI KOLAM
TUNGGU KEPUTUSAN AJK..

ACARA, DOA, UCAPAN SIKIT, MAKAN, NYANYIAN, LAWAK-LAWAK SIKIT, PENGENALAN
KELUARGA BARU, CABUTAN BERTUAH DAN CABUTAN HAMPER. BANYAK LAGI ACARA SUPRISE!!!!

12.00 MALAM NAIK TIDUR, (SAPO YANG NAK TIDURLAH, ANAK-ANAK NAK MELEPAK SAMPAI SUBUH DI TEPI KOLAM TU NO HAL)


AHAD 14 SEPTEMBER 2014

7.00 HINGGA 8.00 PAGI MINUM PAGI DI TEPI KOLAM. HEAVY BREAKFAST SAPO TAK MAKAN GHUZI,

8.30 PAGI MESYUARAT AGUNG KOPERASI

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI ALK KOPERASI, MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUNAN DAN AKTIVITI, MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL JIKA ADA.

10.30 SEMUA NAIK KE ATAS BAS DAN KITO TOUR SELURUH ISLAND. BOLEH BAWA PAKAIAN EXTRA (TAKUT TOLOBIH BAU) SEMUA TEMPAT MENARIK KITO AKAN POIE, BANYAK SEBENARNYA, CUMA MASA TAK MENGIZINKAN.

SHOPPING PERTAMA!!!!!!!!!!!
MAKAN TENGAH HARI SENDRIAN BHD

PETANG SAMBUNG TOUR

6.00 PTG BALIK KE HOTEL, MANDI KOLAM, RIHAT.

8.00 MALAM DINNER

10.00 MALAM RIHAT DAN FREE..

*PERINGATAN: DUIT TOLONG BAWAK LEBIH SIKIT..


ISNIN 13 SEPTEMBER 2014

7.00 PAGI HINGGA 8.00 PAGI HEAVY BREAKFAST (TAK MAKAN RUGI)

ACARA BEBAS, SANTAI, MANDI KOLAM (TAK MANDI RUGI)

SHOPPING KEDUA!!!!!!!!!!!

CHECK OUT BOLEH AWAL TAPI TAK BLH LEWAT DARI JAM 12
BERTOLAK KE JETI, SAMBUNG SHOPPING!!!

*CATATAN RAKAN2 YANG NAK SAMBUNG CUTI BOLEH TAPI URUSKAN SENDIRI.

SEMUGA SELAMAT PERGI, SEMUGA ENJOY DAN SELAMAT KEMBALI.



Wednesday, August 13, 2014

REUNION

WARGA SMBK 69/74

KALI KE 4/2014

__________________@@@@@________________


Adalah dimaklumkan  perjumpaan (REUNION) warga SMBK 69/74 kali ke 4/2014 akan diadakan seperti berikut: 


                                                        Tarikh          :     13 SEPT 2014 (SABTU),
                                                                                   14 SEPT 2014 (AHAD)  dan
                                                                                   15 SEPT 2014 (ISNIN)
                                                                                     ( 3 HARI 2 MALAM)

                                                        Tempat        :     DI   ASEANIA RESORT & SPA
                                                                                   PULAU LANGKAWI, KEDAH.


Bayaran bagi menjayakan program kita ini adalah seperti berikut:

Penginapan dan Makan.

a)    Ahli dan keluarga (anak-anak, menantu dan cucu-cucu yg DEWASA - 12tahun keatas) dikenakan bayaran sebanyak RM100 sahaja  seorang untuk 3hari 2 mlm.

b)    Ahli keluarga (kanak-kanak) yang dibawah umur 12tahun  adalah percuma.



Dimaklumkan bahawa bas  akan menunggu di Jeti Kuah pada pukul 3.00ptg untuk membawa semua peserta-peserta yang hadir.  Diharap semoga anda semua membuat perancangan awal dan teratur agar semuanya berjalan lancar.


_________________________@@@@@@@@@@@@@_____________________________

MAKLUMAT PENTING!!!!!!


1.    Sila nyatakan kehadiran anggota yang akan hadir dan turut serta di program ini sebelum 
       28 Ogos 2014    kepada sekretariat iaitu:-


                            SDR MOHD SARIF AHAMAD - Tel No. 0122345889 (Pengerusi)
                            PUAN SITI SHARA BT A.KADIR - Tel. No. 0133563911 (Setiausaha)
       
2.     Majukkan bayaran  melalui akaun:
                           
                             MAYBANK A/C NO.155135036952 - MOHD SARIF AHAMAD





















SENARAI KEHADIRAN:



1.   MOHD SHARIF AHMAD
2.   ROSENANI ABD RAHMAN
3.   IFZA NOR
4.   MOHD FALIQ
5.   MOHD AFIQ


6.   SITI SHARA A.KADIR
7.   YUSOFF IBRAHIM
8.   AMYLIA
9.   AHMAD YUSRI
10. NORLIDA
11. AHMAD YUSDI
12. HAZIERA
13. ATIYAH
14. ARMAINI
15. SURIATI


16. A.HAMID BAWAL
17. ANAK
18. ANAK
19. ANAK
 
20. ALI AHMAD
21. MOHD ASYRAF
22. MAS ATHIRAH
23. INTAN NADHIRAH
24. ADDUHA
25. DIK LAN


26. RUBIAH YUSOF
27. ROSLI KAMUDDIN
 



28. ROSLI AHMAD
29. AZIZAH
30. ANAK
31. ANAK
32. ANAK
33. ANAK
34. ANAK
35. MENANTU
36. MENANTU
37. MENANTU
38. KAKAK


39. MOHD SAH ZAINAL
40. ROKIAH SIRAT


41. MOHD RAZALI KHAMIS
42. ZAITON SALLEH
43. ANAK


44. MOHD TAHIR BIN KASSIM
45. SERIBANON BT MUSA



46. AZIMAH OTHMAN
47. SULI
48. ANAK


49. DATO' A JALIL BIN ABDULLAH
50. DATIN YUSMAH BT YUSOF
51. ANAK

52. ZAMRUS A. RAHMAN

53. RUZIYAH HUSSIN
54. SUAMI
55. ANAK
56. ANAK

57. SITI HAWA ARSHAD
58. ALWI A RAHMAN
59. ANAK

60. NORDIN BAHARUDDIN
61. ISTERI


62. ROSLAN ABD GHANI
63. ISTERI
64. ANAK
65. ANAK
66. ANAK



67. NORAINI TALIB
68. ANAK
69. ANAK
70. ANAK



71. MARIANI DUAJI
72. ZAMBRI
73. ANAK

 

 























Friday, June 27, 2014

PENGORBANAN KELUARGA.

Oleh Jokiden:


   
Menikmati ice cream di Jabar Rahmah pun terasa seronoknya.


Catatan Perjalanan Ke Tanah Suci ini mungkin berakhir di sini, panjang dah kisahnya. Kecualilah jika ada hal-hal menarik yang saya teringat dan perlu dikongsikan dengan rakan-rakan, mungkin saya akan sambung juga. Jika tidak cukup sampai di sini saja...

Bukan mudah sebenarnya untuk dapat serentak berada bersama keluarga di Tanah Suci. Memanjang ada alasan dan rintangan, namun kuasa Allah, syukur kerana telah mengizinkan kami. Sokongan keluarga isteri dan keluarga saya  dalam pelbagai bentuk amatlah menyintuh perasaan dan tidak sesuai dicatatkan di sini.

Ahli keluarga mungkin lebih gembira daripada kami. Mungkin mereka juga lebih bimbang daripada kami. Kami dibekalkan dengan duit, dengan pakaian, dengan buku, dengan doa, dengan nasihat dan motivasi dan sebahagian besar mengiringi kami dengan linangan airmata. Ah sayu juga hati, namun tekad sudah bulat dan "panjang umur kita berjumpa lagi.."

Jika saya tidak menuliskan di sini sebagai suatu kenangan yang sepatutnya kekal dalam ingatan saya, tentang pengorbanan keluarga, maka mungkin saya termasuk ke dalam golongan orang-orang yang tidak tahu bersyukur.

Saya bersyukur, malah amat bersyukur dengan segala pengorbanan keluarga saya. Isteri dan anak-anak saya amat memahami masalah saya dan mereka memberikan perhatian yang sepenuhnya. Kepada semua, kepada isteriku suamimu ini amat menghargai segala sumbangan baktimu semasa berada di sana. Kepada anak-anakku, ayahmu tiada secebis komplen.

Sehari sebelum pulang ke tanah air, saya lihat keluarga saya seolah-olah berada di dalam keadaan yang stress sangat. Bersolat di ruang atas tingkat dua Masjidil Haram, Afiq dan Qawiyy di sebelah kiri saya, Bang Ngah di sebelah kanan, wajah mereka jelas tidak ceria. Kusam dan muram atau murung.

Menyaksikan keadaan itu, saat-saat akhir pula saya berdoa sepenuh hati kepada Allah swt agar mengembalikan kegembiraan dan keceriaan anak-anak saya. Mereka tidak tahu apa doa saya, tetapi mereka menyaksikan betapa air mata saya merembes keluar tanpa dapat di tahan-tahan. Ketika itu saya merasakan amat menyayangi mereka semua.

Seperti kilat doa saya dimakbulkan Allah. Beberapa minit selepas itu, selesai bersolat, isteri saya datang kepada kami dan dia melihat kesan-kesan air jernih di pipi saya. Apa yang kami saksikan ialah ketiga-tiga anak bujang kami kembali ceria dengan wajah yang berseri-seri.

Saya memberitahu isteri saya bahawa sebelum solat tadi ketiga-tiganya kelihatan murung dan tertekan, saya tidak tahu apa puncanya. Dengan penuh rasa kesyukuran saya dan isteri meneruskan agenda sendiri dan anak-anak kami meneruskan agenda masing-masing. Sementara itu Kaklong dan Dik As berada di hotel, tidak turut bersama kami kerana kedua-duanya uzur.


   
Awal tahun lepas CTN di sana


Bersama rakan-rakan ahli rombongan yang lain semasa berada di sana amat membantu dan menggembirakan. namun bersama ahli keluarga ia sangat-sangat menakjubkan. Segala-galanya kami lakukan bersama dengan penuh semangat, teruja dan seronok. 

Mundar mandir, ke hulu ke hilir bersama anak-anak mencari ruang solat yang sesuai di dalam masjid amat menggembirakan kami. Ada waktunya kami terlewat juga tiba di masjid. Pernah juga bersolat di atas tangga di tengah panas di depan pintu yang telah tertutup kerana kami terlewat.

Pernah juga sekali bersolat di Dataran sahaja kerana kami tidak dapat masuk. Pada hari Jumaat pula kami diberitahu agar ke masjid tidak lewat daripada pukul 10 pagi jika mahukan tempat di dalam MH. Kami patuhi nasihat tersebut, namun ketika kami sampai semua ruang di dalam sudah di penuhi dan selama 1 jam 20 minit kami berlegar mencari tempat untuk bersolat. Gagal. Akhirnya kami mendapat tempat berhampiran tempat saie.

Baju dan pakaian saya isteri yang uruskan sama seperti ketika kami di tanah air. Selipar saya, sejadah kecil saya dan botol air minuman saya semuanya di uruskan oleh anak-anak. Saya hanya menyarungkan kaki dan melangkah. Tempat untuk bersolat mereka yang carikan. Air zam-zam setiap kali saya minum anak-anak saya yang ambilkan. Mereka benar-benar berbakti kepada ayahnya. Bang Ngah, Afiq dan Qawiyy berebut-rebut untuk menjaga ayahnya. Jika jubah tidak betul mereka segera membetulkan.

Ihram saya mereka yang pakaikan. Setelah keadaan saya sempurna barulah mereka menguruskan diri mereka pula. Beg dan name tag saya mereka yang ingatkan. Di Masjid Nabi saya bawa rokok, qawiyy yang uruskan tempat menyimpannya. Di Masjidil Haram saya tidak membawa rokok, namun apabila singgah minum di D' Saji atau makan ais kerim di tepi jalan, saya akan berusaha untuk mendapatkan rokok dari pekerja di situ.


   
Penyerang Chelsea Demba Ba yang berasal dari Senegal, berada di Masjid Nabawi ketika rakan-rakannya berada di Brazil untuk Piala Dunia 2014


Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam semuanya anak-anak saya yang ambilkan. Jika saya nak makan di bilik mereka bawakan ke bilik. Jika kami makan di hotel, saya hanya duduk sahaja dan mereka yang ambilkan. Saya tidak ada peluang untuk beratur seperti orang lain.

Masa berlalu begitu pantas sehinggakan apabila diberitahu bahawa esoknya kami akan berangkat pulang, kami seolah-olah terkejut.. "Eh copek ea nak balik.." Segala-galanya indah di sana. Segala-galanya mengasyikan. Sepanjang masa hati terhibur dan berasa seronok. Hanya sekali dua saya terasa berdebar-debar bimbang entah apa, namun saya segera memohon kepada Allah agar memberikan kekuatan dan ketenangan. Tidak lama hanya sekadar untuk beberapa minit perasaan tenang dan indah kembali kepada saya.

Kecualilah orang itu seorang penulis terkenal, selain daripada itu rasanya tidak ada yang mampu untuk menggambarkan menerusi tulisan betapa suasana di sana begitu asing, begitu indah, begitu manis dan syahdunya. Saya tidak mampu. Lagipun pengalaman berada di sana tidak sama antara satu sama lain.

Pertama kali melihat Kaabah secara nyata, dan ketika ingin berdoa wajah pertama yang muncul di depan mata saya ialah wajah anak buah saya dari Palong. Along Besar kemudian diikuti satu persatu saudara mara yang lain. Hairan juga saya kenapa wajah dia yang pertama muncul, tidak wajah ibu dan wan atau abang saya.

Di Masjid Nabawi seperti yang saya pernah tulis wajah rakan kita kakcik yang pertama muncul. Syukur saya mengingati semuanya termasuk Wahab dan Zaharin dari Lumut Perak. Doa saya semuga semuanya menikmati kehidupan yang indah dan segera serta kerap kali di jemput oleh Allah menjadi tetamuNya. Wajah Enab dan MCC sering muncul dalam ingatan, sementara nama Hawa kerap kali saya sebut. Muga kesemuanya mendapat perkenan Allah jua.

Esok  kita akan menyambut kedatangan Ramadan yang penuh barakah. Bulan ini segala amalan kita akan memperolehi ganjaran berlipat kali ganda, Insya Allah. itu janjiNya. Mari kita gunakan sebaik mungkin. Saya berbisik kepada keluarga saya bahawa, kita baru sahaja berada di bumi yang penuh barakah dan kini kita dipertemukan pula dengan bulan Ramadan yang mulia. Lakukan beberapa perkara iaitu solat berjemaah, membaca Al Quran, berdoa sepenuh hati dan bersedekah. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.


   
Ada orang membantah pembesaran ini, atas alasan untuk mengekalkan struktur yang lama. 100 tahun dahulu jumlah tetamu Allah hanya sekitar 10,000 pada musim haji, kini jumlahnya melebihi 5 juta. Bagaimana mungkin para jemaah akan berasa selesa dan selamat jika tidak ada usaha pembesaran ini.


Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Berilah apa sahaja yang kita mampu termasuk senyuman yang menyenangkan dan berkata-kata dengan kata-kata yang baik. Istimewanya solat sunat Tarawih, hanya ada di bulan Ramadan.

Saya sangat teruja menanti kedatangan Ramadan. Rutin tahunan saya sejak sejak dahulu ialah menyaksikan sembahyang sunat tarawih dari Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya tidak pernah ketinggalan walau untuk satu malam dan saya tidak pernah merasa mengantuk dan saya tidak pernah merasakan masa saya terbuang untuk menuntunnya.

Kali ini mungkin ada kelaian sedikit, di mana sambil menuntun saya juga mungkin tercari-cari tempat di mana pernah meletakkan dahi ini di sana, bersujud kepada Illahi.

Sebelum catatan ini berakhir, saya ingin menyebutkan bahawa rombongan kami juga di bawa melawat telaga zam-zam. Bukit Uhud, Gua Hiraq, Gua Tsur dan banyak lagi tempat. Melihat ketinggian tempat-tempat bersejarah ini, tidak terbayang oleh kita betapa 1400 tahun dahulu Rasulullah dan para sahabat mampu menghadapi segala kesukaran ketika itu. Mungkin kesukarannya terutama ketika menyelamatkan diri dari buruan Kafir Quraish adalah berkali ganda daripada yang kita dapat bayangkan.


  
Yang berjiwa kental mampu sampai ke atas sana..





Sekarang ada anak tangga, 1400 tahun dahulu bagaimana???



Berulang alik dari Gua Hiraq ke kediaman Baginda untuk menerima wahyu dari Allah adalah sesuatu yang manusia biasa tidak mungkin sanggup melakukannya. Mendaki bukit yang tinggi sehingga ke 5000 kaki tentulah amat mencabar kudrat kita.

Berada di tempat-tempat bersejarah ini sebenarnya tiada nilai jika dibandingkan dengan sesuatu yang lain termasuk wang ringgit. Sesiapa yang berkemampuan, pergilah ke sana dan alami sendiri sesuatu yang asing yang sungguh indah. Pengalaman yang pastinya tidak akan kita temui di tempat lain.


  
Ini pun sebenarnya menyebabkan kita akan berasa rindu untuk ke sana lagi. Air zam zam yang percuma, minumlah semaunya.

Berjuta cawan plastik digunakan pada setiap hari.


Sesiapa yang telah pergi ke sana, berdoalah dan berhasratlah supaya dapat pergi lagi. Sesiapa yang sihat dan mempunyai banyak wang, pergilah kerap kali kerana tiada ruginya berkunjungi ke bumi suci tersebut. Jika sibuk dan tiada masa, maka carilah ruang yang sesuai dan ziarahlah ke Makam Rasulullah, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Di sana ada kedamaian yang mutlak sekiranya kita benar-benar menyerahkan diri kepada Allah swt. 

Kota Mekah dan Madinah adalah Kota Makmur, itu janji Allah. Saya hanya ingin berkongsi tentang perniagaan pengangkutan di sini. Terdapat beribu-ribu buah bas yang besar yang sentiasa bersedia untuk mengangkut para jemaah dari satu tempat ke satu tempat. Agaknya ini merupakan salah satu perniagaan yang menguntungkan.

Industri bas ini juga menyedikan peluang pekerjaan yang banyak untuk warga tempatan dan mungkin juga warga asing. Selalu digembar gemburkan bahawa para pemandu dengan sengaja mengurangkan tahap kedinginan hawa di dalam bas. Hanya setelah diberi sedikit tip atau sagu hati barulah udara benar-benar nyaman di dalam bas.

Saya tidak tahu namun mutawif kami kerapa kali memohon maaf kerana pendingin udara di dalam bas kurang berfungsi. Pernah kami sedang memakan ihram, namun keadaan sangat panas dan tidak selesa. namun kami iaitu kumpulan saya tidak mengadu atau komplain atau komen. Kami terima seadanya dan tip juga tidak ada diberikan. 

Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini, mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tidak kena dengan selera kalian. Semuga Ramadan kita kali ini lebih baik daripada yang lepas-lepas.


Sunday, June 15, 2014

INDAHNYA TANAH SUCI INI - BANGLA PUN WANGI - PART SEVEN

Oleh Jokiden:

  
Jemaah berpusu-pusu dan berebut2 di Kaabah.


Bertahun-tahun dahulu saya mempunyai satu kemusykilan apabila setiap kali menuntun kemeriahan di dua Kota Suci ini, iaitu bagaimana para jemaah dapat menghindari pelbagai jenis bau-bauan terutamanya bau badan semasa melakukan ibadah di Masjid Nabi dan Masjidil Haram. 

Dengan pelbagai aksi lasak semasa mengerjakan solat, tawaf, saie dan berebut tempat di Raudhah, Hjjir Ismail serta Hajar Aswad, yang memerlukan tenaga tentulah mengeluarkan peluh yang banyak. Bau hapak tidak mungkin dapat dihindarkan tambahan jika cuaca melebih 40 darjah celcius.

Sejak dari dahulu lagi saya amat alahan dengan pelbagai jenis perfume atau wangian. Masuk sahaja ke mana-mana komplek membeli belah saya selalunya akan berasa semput dan termengah-mengah apabila pelbagai jenis wangian mula masuk ke dalam paru-paru. Paling saya tidak boleh tahan ialah bau minyak atar. 

Saya berasa seram sejuk apabila memikirkan saya akan terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis bauan di Tanah Suci. Bersungguh2 saya memohon kepada Allah agar saya 'diselamatkan' daripada bau-bauan semasa berada di sana nanti sekurang-kurangnya semasa bersolat.

Di tanah air jika ada warga Bangla memasuki mana-mana lift pastilah saya menangguhkan diri daripada menaiki lift tersebut kerana pastilah bau Bangla yang baru keluar dari lift itu akan kekal untuk beberapa ketika dan ada masanya bau mereka akan kekal hingga satu jam. Saya tidak tahan.

  
Jemaah berpusu-pusu dan berebut2 mencari ruang di Raudhah


Saya tidak membeli atau memakan roti canai dari kedai mamak kerana selalunya bau badan pembuat roti canai tersebut akan melekat di roti atau masuk ke dalam kuahnya. Maaflah kepada peminat tegar roti canai mamak, saya tidak bermaksud yang tidak baik, hanya sekadar mencatatkan pengalaman sahaja.

Jadi saya menjangkakan tentulah keadaan wangian dan bau-bauan menjadi lebih tidak selesa di Masjid Nabi dan Masjidil Haram dengan ratusan ribu jemaah berhimpun  pada satu-satu masa. Para petugas di kedua-dua masjid ini juga ramai yang terdiri daripada warga Nepal, Bangla dan India.

Apa yang terjadi semasa di sana ialah saya tidak langsung mengalami sebarang gangguan disebabkan oleh masalah wangian, bau-bauan ataupun bahu hapak badan. Ada masanya jemaah yang berbadan besar bersolat di kiri dan kanan saya, namun tiada apa jenis bau yang menganggu saya.

Begitu juga semasa bertawaf dan bersaie. Malah semasa berada di dalam komplek membeli belah juga wangian dan bauan itu tidak mendatangkan mudarat kepada pernafasan saya.

Mungkin itulah keistimewaan yang Allah berikan kepada tetamuNya yang sedang menunaikan ibadah di dalam dua buah masjid tersebut. Tidak ada jemaah yang merasa gelisah atau resah disebabkan oleh bau jemaah yang lain. Petugas Bangla juga tidak meninggalkan apa-apa bau. Suasana dingin di dalam dua buah Masjid ini terus segar sepanjang masa dan sesiapa juga akan merasa selesa walaupun bersolat secara berjimpit-jimpit.

Berpusu-pusu, berduyun-duyun, berjalan pantas semasa pergi dan pulang dari masjid juga tidak menimbulkan masalah perfume atau bau badan. Mungkin ada juga para jemaah yang tidak bersetuju dengan catatan saya ini namun sekurang-kurangnya itulah yang saya alami dan merasa selesa di sana walaupun di bahagian  mana jua saya bersolat. Cubalah rakan-rakan dapatkan kepastian dengan jemaah lain yang telah sampai ke sana.

   
Dua hari selepas kami pulang pintu Kaabah ini dibuka.

Thursday, June 12, 2014

INDAHNYA TANAH SUCI INI - PART SIX - NASI ARAB

Oleh: Jokiden
     
Kawan sei Dato' Azhar semasa menunaikan Umrah bersama keluarganya.

    
Ziarah, lopeh tu sompek shoping sikit..


Terbaca komen Kakcik Mariani dalam posting yang lalu, seleranya adalah selera Malaysia. Di dalam postingnya di fb beliau ada menunjukkan gambar sedang membeli makanan di salah sebuah restoren. Di Madinah dan di Mekah secanggih manapun restorenya yang berada di hotel mewah atau hotel sederhana, cawan teh tariknya tetaplah daripada kertas. 

Tokey restoren menjimatkan tenaga kerja kerana tidak perlu mencuci pinggan mangkuk yang kotor. Mudah sangat, habis digunakan terus sahaja di kutip oleh pemungut sampah, memasukkannya ke dalam karung plastik dan membuangnya ke tempat himpunan sampah.

Para jemaah yang mengikuti pakej mana sekalipun pasti disediakan makanan di tempat penginapan masing-masing. Selepas subuh minum pagi, selepas zuhur makan tengah hari dan selepas Isyak makan malam. Setiap hidangan makanan pasti tidak ketinggalan 'Timun Jopun'..

Penyediaan makanan ini selalunya disediakan oleh tukang masak dari Indonesia. Di hotel saya umpamanya makanan kami disediakan oleh petugas dari Indonesia. Masakan hampir sama setiap hari. Saya dan keluarga telah memasang tekad sejak dari tanah air lagi bahawa kami tidak akan komplen apa-apa. Kami akan redha seadanya. Kami akan makan apa sahaja, lalu sepanjang berada di Tanah Suci kami tidak langsung menghadapi masalah makanan. Itulah kebesaran Allah swt.

Di Madinah dan di Mekah para jemaah Malaysia sepatutnya tiada langsung masalah makanan ini. Sekiranya tidak berselera makan di hotel boleh sahaja singgah atau pergi ke mana-mana restoren yang dengan mudah ditemui sekitar dua masjid ini.

Umpamanya selesai sahaja bersolat di Masjidil Haram, kita boleh pergi menyejukkan badan di Pusat membeli belah di Menara Jam Besar. Pusat ini sama seperti KLCC atau di Mid Valley, dimana terdapat puluhan restoren yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.

Bersebelahan Menara Jam Besar ialah Menara Safwa. Di situ terdapat restoren D' Saji yang pastinya menu di situ menepati selera Kakcik. Di situ menu nasi campur juga disediakan selain daripada roti canai dan teh tarik kaw. Fast Food juga berlambak di sana dan tempat makan adalah selesa. Yang perlu disediakan ialah duit. Bahaso kengkawan ialah 'pokakeh' jika pokakeh ado tidak ado masalah untuk mendapatkan apa sahaja yang kita perlukan.

Saya sesekali dalam perjalanan pulang ke hotel setelah selesai solat subuh, samada kami singgah di D'Saji untuk pekena roti canai dan teh tarik atau kami beli bungkus untuk makan di hotel. Pilihlah lauk apa yang kita nak. Dengan 18SR hingga 22SR bergantung di kedai mana kita membelinya, makanan itu boleh cukup untuk 4 orang minum pagi.

Cara orang Arab, orang India, orang Pakistan, orang Indon malah orang Malaysia menghias dan mempamirkan lauk pauk dan nasi beras panjangnya boleh membuatkan kita lapar sepanjang hari. Rendang ayam masak kari atau kukus amat menyelerakan dan kita selalunya ingin mencuba pelbagai jenis masakan.

Di Restoren juga kita biasa ternampak atau terlihat empat lima orang sedang menikmati makanan dalam dulang yang besar. Di sana tiada peliknya. Tiada rasa jijik agaknya walaupun... hishh sogan sei nak nulih ea..
Hari Isnin dan Khamis waktu berbuka puasa jika ada yang menghidangkan nasi, begitu juga caranya, mereka makan beramai-ramai. Namun kebanyaknya berbuka dengan buah tamar dan air zam-zam sahaja.

Indahnya semua pemandangan itu. Bayangkan jemaah setiap masa menghirup air zam-zam yang sejuk dan nyaman dan para petugas sentiasa mempastikan bekalan adalah mencukupi. Berjuta-juta cawan plastik digunakan setiap hari di kedua-dua masjid ini, namun telaga zam-zam tidak pernah kering sehingga memeningkan para pengkaji Barat.


  






Kawan saya Dato' Azhar Abu Bakar yang menunaikan Umrah bersama keluarganya tidak lama dahulu. Kali pertama melihat gambar ini dahulu, terasa syahdu di jiwa saya. 



Di dalam dua buah masjid ini sekiranya ternampak orang memakai songkok hitam, pastilah samada dari Malaysia, Brunei atau dari Indonesia. Jemaah dari Filipina jarang memakai songkok hitam. Jumlah jemaah dari Indonesia adalah ramai. Mereka datang secara berkumpulan.

Para jemaah pula meliputi pelbagai lapisan umur dari bayi yang didukung sehinggalah ke warga emas yang terpaksa di tolak dengan kerusi roda. Semuanya seolah-olah mudah di sana walaupun realitinya yang menolak kerusi roda terpaksa menggunakan tenaga dua kali ganda. 

Yang tua dan bertongkat juga mudah kita lihat kerana jumlahnya ramai. Hanya semangat yang membara untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa sahaja yang memungkinkan mereka sampai ke sana. Kumpulan ini juga mudah mendapat bantuan daripada jemaah lain atau petugas di dua buah masjid ini. Bersama penerbangan dengan saya juga terdapat beberapa orang yang menggunakan kerusi roda. Segalanya berjalan lancar dan pengorbanan ahli keluarga pastinya mendapat ganjaran yang besar. Insya Allah. 

   

Tuesday, June 10, 2014

INDAHNYA TANAH SUCI INI - PART FIVE

Oleh: Jokiden.


  
Maso kakcik poie tingkat 1 dan 2 ini mungkin masih belum boleh digunakan untak tawaf. Kini kedua-duanya sudah berfungsi. 

Di Masjid Nabi dan di Masjidil Haram, waktu senyap sunyi ketika bersolat pastilah kedengaran suara anak-anak kecil yang menangis walau di penjuru mana kita duduk. Sentiasa ada jemaah yang membawa anak-anak kecil samada dengan cara mengendungnya ataupun menolak di dalam kereta sorong. 

Semasa berjalan keluar dari MH setelah selesai solat fardu, saya menyaksikan seorang jemaah yang ingin menunaikan solat sunat yang akhirnya terpaksa berhenti kerana dia mengikatkan anaknya ke kakinya dan anaknya sentiasa meronta dan menangis.

Pemandangan ini bertambah ketara semasa di MH. Bukan sahaja ada begitu banyak kereta sorong untuk warga emas yang uzur tetapi juga banyak kereta sorong untuk bayi. Kita hanya boleh melihat dan jangan sekali-kali kita menegur urusan jemaah tersebut kerana semuanya adalah dalam percaturan dan aturan Allah swt jua.

Dalam perjalanan dari hotel ke masjid terutamanya pada waktu subuh setelah selesai azan yang pertama kita akan bertembung dengan 'petugas' yang menolak kereta sorong yang ingin mengambil para jemaah yang uzur dari mana-mana hotel. Mereka siap dengan memakai vest. Mereka menolak dgn laju siap kona baring di celah2 ribuan manusia itu. Bayaran selalunya melebihi 100 Riyal untuk sekali urusan.

Seperti di tempat kita waktu solat di Mekah adalah berubah-ubah dan ini terdapat di dinding bilik hotel. Ketika ini waktu subuh ialah 4.10 pagi di mana azan pertama adalah pada jam 3.10 pagi. Waktu terbit matahari kira-kira jam 5.35 pagi.

Waktu zuhur ialah pada pukul 12.12 tengah hari. Asar 3.33 petang, maghrib pada pukul 6.50 petang dan masuk waktu isyak ialah jam 8.31 malam. Selalunya solat didirikan selepas setengah jam azan berkemundang untuk memberi peluang kepada para jemaah berkumpul.

Di tanah air dulu-dulu saya menyaksikan di peti tv, jemaaah ke hulu ke hilir di dalam masjid mencari tempat dan ruang untuk bersolat. Saya tertanya-tanya sendirian kerana ada diantara jemaah yang masih mundar dan mandir sehingga solat fardu selesai dijalankan. Di sana pun begitu. Saya tiada jawapannya. Mungkin itu satu keunikan di Masjid Nabi dan Masjidil Haram. Tengok dan lihat sahajalah.. jangan komen.


  

Tempat yang menjadi tumpuan para jemaah untuk bersolat dan berdoa ialah, jika di Masjid Nabi Raudhah. Kedudukan Raudhah ialah antara mimbar Nabi dengan Makam Nabi. Tidaklah seluas mana dan dibezakan dengan karpet berwarna hijau. Pergi awal pun belum tentu berpeluang bersolat dan berdoa di sini. Namun usaha hendaklah dilakukan dengan penuh azam.

Seorang rakan saya memberitahu dia sejak hari pertama berada di Madinah telah berjaya solat sunat dan solat fardu di Raudhah ini. Memanglah dia amat bernasib baik kerana dia terpaksa bersaing dengan para jemaah yang besar2 lagi tegap badan mereka. Berdoa di sini akan dimakbulkan oleh Allah swt. Pintalah apa sahaja cuma samada cepat atau lambat sahaja doa kita itu termakbul.

Di Masjidil Haram tempat yang menjadi idaman ialah di Multazam iaitu antara Hajar Aswad dengan Pintu Kaabah serta Hijir Ismail. Tempat sempit ini sentiasa dipenuhi oleh para jemaah yang bernasib baik dan berusaha keras. Ia juga merupakan tempat dimana doa segera dimakbulkan sekiranya memohon dengan penuh ikhlas kepada Allah swt. Rakan saya Sdr Hameed Bawal mengingatkan saya agar berusaha untuk bersolat di situ dan berdoa. "101% pasti makbul" katanya.

Pemandangan yang mengkagumkan saya ialah pasangan suami isteri yang mendukung baby sambil mengerjakan tawaf keliling Kaabah. Jika berjalan bersendirian pun sudah sukar apa lagi berjalan sambil mendukung bayi. Namun di sana bahagian masing-masing telah Allah tentukan samada susah, sukar, senang atau mudah. Kita hanya melakukannya.

Jika menuntun dari kaca TV kita akan merasa lebih gerun, sebenarnya apabila berada di sana semua ketakutan dan kebimbangan itu serta merta hilang dan kita ingin segera seperti jemaah lain untuk mengelilingi Kaabah. Apabila kita telah memulakan langkah segala-galanya berjalan sendiri. Putaran tiada henti dan kita hanya sesekali tersekat. Namun kena landa dan kena langgar dengan jemaah lain yang lebih agresif adalah perkara biasa. Sesiapa yang mahukan cabaran yang sedikit bolehlah bertawaf di tingkat satu dan tingkat dua. Jika bertawaf di bahagian bawah masa yang diambil untuk satu pusingan sekitar dua atau tiga minit, bertawaf di tingkat 1 atau 2 akan mengambil masa selama 5 atau 6 atau 7 minit untuk satu pusingan. Indah tuan-tuan. Pergilah.

Tiada bacaan khusus semasa bertawaf, lalu disarankan agar banyak berdoa. Kesilapan mengira jumlah pusingan boleh saja terjadi. Berhati-hatilah. Terlebih tak apa, terkurang, naya. Pelbagai kaedah digunakan oleh para jemaah. Ada yang membawa 7 butir batu dalam poket, selesai satu pusingan masukkan batu ke poket sebelah. Ada yang membawa tasbih yang mengandungi 7 butir manik.

Bang Ngah mengikut saranan rakannya. Al Fatihah mempunyai 7 ayat bermula dengan Bismillah untuk pusingan pertama dan seterusnya. Ada yang memulakan untuk pusingan pertama Subhanallah, kedua Alhamdulillah, ketiga Allah hu akbar seterusnya Lailahaillah untuk pusingan terakhir. Ikutlah mana yang mudah dan sesuai dengan diri dan jangan lupa banyak berdoa sepanjang bertawaf. 


INDAHNYA TANAH SUCI INI - PART FOUR

Oleh Jokiden:


   
Insan yang bernasib baik


Petang semalam ketika saya, SSAK, LAR dan Datin Normah menjamu selera di Ampangan, setiap orang recall kembali kisah-kisah manis, suka duka semasa berada di tanah suci. Saya mendengarnya dengan penuh minat. Tiga sahabat saya ini telah ke sana berkali-kali. Mereka telah tahu cara-cara untuk mendapatkan lebih banyak manafaat ketika berada di sana berbanding saya yang cuma kali pertama. Kisah-kisah benar tersebut meruntun hati saya. "Amat rugi sesiapa yang berpeluang ke sana, namun tidak mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk beribadat kepada Allah swt.." Itu rumusan mereka bertiga.

LAR tanpa dapat menahan perasaan hibanya dan kami menyaksikan betapa dia menitiskan air matanya di depan kami. Bayangkan ketika dia berada di sana. Subhanallah..

Saya teruskan memori ini tanpa ada niat untuk mengembalikan kenangan silam LAR semasa di sana. Dari tanah air lagi saya memang berhajat sangat untuk mencium Hajar Aswad. Teringat saya ketika zaman kanak-kanak, masih bersekolah rendah ketika itu, seorang guru agama mengajar di Masjid Sg Jelutong berkata, dia menyaksikan orang Arab tersebut mencurahkan minyak wangi ke dalam Hajar Aswad, sebab itu ia berbau tersangat wangi. Entah kenapa sehingga ke hari ini saya tidak mahu mempercayai kenyataannya itu. Saya mahu mengalaminya sendiri.

Menyaksikan orang sanggup bermandi peluh, berasak-asak sehingga lemas, tidak ada sopan santun menuju ke Hajar Aswad, saya merasa tersangat gerun. Namun saya gagahkan juga untuk mencuba. Kali pertama bersama Abdul sebagai pembantu dan kali kedua bersama Bang Ngah. Afiq tidak turut serta kerana kali pertama dia mencuba dia sudah tidak tahan dengan rembesan peluh jemaah dan yang paling dia tidak tahan ialah rasa 'geli' ketika berasak-asak tersebut. Kekuatan fizikal amat diperlukan untuk menjayakan misi tersebut. Pijak memijak adalah lumrah berhampiran Hajar Aswad ini.

Banyak kisah pelik dan ajaib yang saya baca berkenaan dengan kejayaan jemaah mencium Hajar Aswad. Ada yang terlalu mudah, ada yang dibantu oleh 'Malikat' dan ada yang dibantu oleh polis. Seorang rakan fb membuat komen.. "hati mesti ikhlas baru dapat mencium HA." Mungkinlah hati saya kurang ikhlas kerana sepanjang cubaan itu saya juga mengharapkan ada malaikat menolong saya.


  
Insan yang bernasib baik.

Di depan saya para jemaah yang berjaya mencium HA akan secara spontan menjerit sekuat hati sambil bertakbir dan airmatanya mencurah keluar. Jangan cerita pasal bermandi peluh, kerana dalam asakan tersebut juga terdapat jemaah yang semput dan tidak bernafas. Abdul dan Bang Ngah kelihatan cemas dengan situasi tersebut. Ramai yang penyet. Masa mula masuk merempuh ke HA saiz dada jemaah ada yang 45 inci, apabila keluar cuma tinggal 25  inci sahaja. Kepet. Sebab itu jemaah wanita harus berfikir sepuluh kali sebelum mencuba kerana tidak ada sesiapa yang akan memperdulikan anda, semua orang memikirkan hal diri sendiri. mungkin Kerajaan Arab Saudi harus memikirkan satu kaedah yang sesuai yang membolehkan lebih ramai jemaah berjaya mencium HA suatu hari nanti.

Sehingga hari terakhir dan setelah selesai tawaf wida', saya masih gagal untuk mencium HA. Kecewanya hati bukan kepalang, namun saya juga telah berikrar, semuanya adalah ketentuan Allah swt. Tidak ada joki kali ini, mungkin di lain kesempatan saya akan cuba. Maknanya hasrat dan niat untuk ke sana lagi telah saya tanamkan di dalam hati ini. Hanya masa dan keadaan yang akan menentukannya. Insya Allah. 


   
Batu dari Syurga

Beginilah yang kita dapat saksikan ketika berebut2 untuk mencium HA.

Asalnya tujuh butir batu dari Syurga tersebut adalah berwarna putih malah lebih putih dari susu. Dosa-dosa anak Adamlah yang membuatkannya menjadi hitam. Layarilah internet atau buat carian dalam google, banyak kisah menarik tentang Hajar Aswad ini yang boleh menaikan nafsu keinginan kita untuk ke Tanah Suci.

Bahagialah Datin Normah Ali kerana dia juga antara jemaah pilihan Allah yang berjaya mencium Hajar Aswad. Patutlah rezeki ea melempah ruah sehingga ke hari ini. Seorang rakan saya yang menunaikan Umrah pada tahun lepas juga memberitahu saya bahawa dia juga berjaya mencium HA. Jika berdasarkan fizikal dan keuzurannya tidak akan ada yang percaya bahawa dia berjaya melakukannya. Itulah kurniaan Allah swt kepada hambanya.

Jiran saya pula memberitahu dia merenung dari jauh dengan wajah sayu ke Hajar Aswad sambil memerhatikan rakan-rakan dari kumpulannya telah mula beratur untuk melakukan ciuman sedangkan dia tercicir. Dia melakukan solat sunat hajat dengan khusyuk dan "apabila saya membuka mata saya dapati saya telah berada betul-betul di depan HA mendahului rakan-rakan saya... berhamburan airmata saya ketika itu..." Katanya mengimbau kembali kenangan semasa di Mekah. Begitulah nasib orang, saya reda. 


Sunday, June 8, 2014

INDAHNYA TANAH SUCI INI - PART THREE

Oleh Jokiden:

Secara peribadinya, memakai ihram, solat tahiyatul masjid dan kemudian solat sunat umrah, mungkin itulah saat yang paling indah rasanya bagi saya...Hati saya tersenyum setiap kali memakai ihram. Nak senyum terang-terangan takut nanti orang rasa pelik pulak. Saya tersenyum di dalam hati. Terasa bahagia di dalam timbunan dosa terhadap Illahi. 

Setelah memakai ihram untuk seketika mungkin beberapa saat, saya terlupa tentang dunia. Sebenarnya beberapa saat itu sudah cukup membahagiakan saya.

Dari Miqat sepanjang perjalanan Mutawif akan membaca Labaikallah humma labaik sehinggalah dia tertidur...Kami mengikutinya beramai-ramai dan setengah daripada kami mengalirkan airmata tanpa sedar.

Saya dengan seorang rakan dan tiga orang hero saya agak terlewat memakai ihram dan saya terpaksa menjadi ketua untuk memulakannya sebaik keluar dari masjid menuju kepada bas. Suara kami semakin sayup dan kami berlima menjadi sebak semaunya.. Entah bila saat itu akan datang semula dalam hidup ini.

 
Kita adalah sama sahaja.. Jokiden n Abdul.

Perjalanan dari Madinah menuju Kota Suci Mekah mengambil masa antara 4 hingga enam jam dengan bas bergantungan kepada keadaan jalan dan keadaan bas juga berapa kali berhenti dan berapa lama pula..

Robongan kami hanya berhenti sekali sahaja di Lebuh Raya itu dan biasalah apabila turun dari bas agenda pertama ialah menyedut rokok. Tandas dan bilik air tidak beberapa bersih, malah R & R kita jauh lebih sempurna dan nyaman. Stesyen minyak ada, gerai minuman banyak, surau ada, kedai menjual barangan biasa juga ada.

Saya lepak di sebuah gerai dan sebentar itu juga anak saya telah membawakan teh tarik tanpa perlu di suruh. Saya menikmatinya seadanya dalam pakaian ihram tersebut. Cuaca sangat panas dan angin juga bertiup kencang. Saya sempat membeli cermin mata hitam dan penjualnya fasih benar berbahasa Melayu. Sambil menikmati teh tarik dan rokok, anak saya sempat lagi menghantarkan mee maggie cup.. huh enaknya bukan kepalang.. susah nak gambarkan. Santai, termenung panjang, ingatkan kampung halaman dan akhirnya saya menjadi peserta rombongan yang paling last naik bas.. mohon ampun kepada semua.

Perjalanan diteruskan. Senja merangkak tiba. Mengikut jam di tangan saya, kami sepatutnya belum memasuki Kota Mekah. Beria-ia saya mengatakan lagi dua jam baru sampai. Namun di depan kami sudah jelas kelihatan menara jam besar tersebut. Kelihatan rendah sahaja. Beria-ia saya mengatakan itu bukan jam besar walaupun bentuknya sama.

Kemudian isteri saya menunjukkan papan tanda, Kota Mekah lagi 6 kilometer. Kiri kanan jalan deretan rumah kedai yang padat dan terang benderang dengan lampu. Jantung saya berdegup laju. "Saya sudah berada di sini.." bisik hati saya. Pemandu bas memandu terus tanpa memikirkan degupan jantung para jemaah yang semakin kencang.

Jam besar semakin jelas kelihatan dan ketika bas membeluk ke arah bukit, maka sahlah kami telah sampai ke Masjidil Haram di senja yang hening itu. Azan maghrib berkumandang, perasaan saya ketika itu tidak ketentuan. Bercampur baur. Takut, bimbang, sedih, sayu, hiba dan entah apa-apa lagi.

Jelas kelihatan di luar orang berduyun-duyun menuju ke masjid. Mutawif kami tidak bercakap sepatahpun memberikan penerangan. Dia juga tertidur lena. Hish..!!!

Tidak lama kemudian bas yang membawa kami tiba di hotel penginapan. Arahan diberikan apa yang sepatutnya kami lakukan..Langkah saya tersangatlah longlai menuju ke bilik hotel.
    
Sekali bersolat di Masjidil Haram, seolah-olah kita telah bersolat sebanyak 100,000 kali. Sembahyang berjemaah, sekiranya ada kekurangan di pihak kita maka jemaah lain akan cover. Itulah yang saya faham.

Di luar Kota Mekah bumi yang paling diberkati Allah, sembahyang kita selama 60 tahun tanpa miss 5 kali sehari semalam, hanya dengan satu solat di Masjidil Haram telah menyamainya. Begitulah tingginya ganjaran yang Allah berikan kepada sesiapa yang berpeluang ke sana. 

Sebab itu setiap muslim mempunyai cita-cita untuk beribadat di sana walaupun sekali seumur hidup. Masjidil Haram dikunjungi oleh jutaaan manusia setiap tahun dari seluruh pelusuk dunia. Tiada tujuan lain ke sana selain daripada untuk mendapat ke redaan Allah swt.

Seperti yang saya sebut di awal pengkisahan ini, sesiapa sahaja di sana akan mendapat rahmat Allah walau dalam keadaan apa sekalipun. Ganjaran Allah pasti tiba kecuali kepada sesiapa yang sengaja tidak mahukannya.

Gerak hati dan tutur kata mestilah dijaga sepenuhnya. Riak, angkuh sombong dan takbur mestilah dihindarkan walaupun di dalam hati. Seboleh mungkin mestilah ikhlas beribadat kepada Allah semata-mata.

Next, Rhaudah, Multazam, Kaabah, Jabarr Rahmah..