GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Sunday, March 20, 2011

BATU KIKIR KEHILANGAN IDENTITI

Selain dari SMBK,  satu  lagi yang menimbulkan nostalgia kepada kita ialah pekan kecil Batu Kikir itu sendiri. "Batu Kikir kau telah kehilangan jambatan bosimu" kata Ustaz Jajuli semasa reunion dulu. Pada saya Batu Kikir bukan saja kehilangan jambatan bosinya tetapi telah kehilangan identitinya.
.
Masa itu Batu Kikir hanya pekan kecil berbangunan kayu dan beratapkan zink dan sebahagiannya beratapkan rumbia. Catatan saya bermula di kedai kopi "Asau". Di situ ada sebuah "juke box" yang memberi hiburan percuma kepada kami.  Disebelahnya kedai Hj Ahmad yang menjual kain baju, kasut tapak hijau dan lain-lain keperluan rumah sementara disebelahnya wakil pos. Kedai buku kecil di sebelahnya kepunyaan keluarga Haji Kamarudin atas nama Pustaka HM Joned. Di depan kedai Hj Ahmad ada bangku panjang tempat  orang ramai duduk sambil menunggu bas untuk ke Bahau atau ke Kuala Pilah.
.
Di hujungnya kedai tukang jahit, kedai kopi mamak, kedai sayuran dan ikan serta kedai basikal. Diseberang jalan bertentangan kedai Asau ialah kedai Syarikat. Setiap pagi kedai tersebut akan penuh dengan budak-budak sekolah bersarapan. Menu sarapan paling istimewa ialah nasi lemak. Nasi lemak masa tu 20 sen saja sepenuh piring. Agak saya dan pengelaman saya hanya setengah saja budak-budak yang makan tu membayar harga nasi lemak yang dimakan. Selebihnya keluar begitu saja.
.
Barisan ini yang menghala ke Bahau adakedai menjual ikan dan sayuran. Tokeynya Safiee yang anaknya pernah bercinta dengan Rashid. Seterusnya kedai jahit, kedai emas diikuti dengan kedai runcit Hj Ahmad, kedai runcit melayu yang agak berjaya masa itu dan di hujung sekali kedai runcit Kadeer abang kepada Hamid Bawal.
.
Di sebelah kiri kedai syarikat menghala ke Kuala Pilah ada kedai yang dipanggil kedai "ayan" . Kedai ini menjual baldi dan serbaneka yang dibuat dari ayan. Di sebelahnya kedai runcit cina yang ramai orang melayu sebagai pelanggannya kerana harga barang di kedai ini agak murah. Kemudian diikuti oleh kedai jahit yang agak besar di Batu Kikir masa itu iaitu kedai Jahit Sin Hin.
.
Di sebelah kedai jahit itu kedai kopi Hokkian. Roti bakar dengan kaya di kedai ini sangat sedap. Agak saya sama sedapnya dengan roti bakar di stesen kereta api Kluang. Di Batu Kikir masa itu ada dua buah kedai tukang besi membuat parang. Setiap hari saya asyik melihat cina tersebut dengan tekunnya membakar besi, mengetuk dan menempanya menjadi parang atau lain-lain peralatan besi.
.
Pejabat pos sekarang ialah kilang kayu dan di penghujungnya tidak ada apa-apa bangunan kecuali belukar kecil. Begitulah bayangan pekan Batu Kikir yang asal yang telah ditelan pembangunan. Masa itu pekan Batu Kikir tidak sebuk . Kenderaan awam utama ialah bas. Dari Kuala Pilah ke Bahau dikuasai oleh bas UNION atau bas merah panggilan orang tua yang tidak tahu membaca. Sekarang bas itu ditukar nama ke UNITED Bas. Basnya sekarang agak lama dan selalu tersadai kerana tak mampu bersaing dengan syarikat bas lain. Dari Kuala Pilah ke Simpang Pertang tentu masih ingat bas LIM. Ramai yang memanggil LIM sebagai "Lama I Menunggu" kerana bas itu selalunya tak tepat masa tibanya Menghala ke Padang Lebar dan Tengkek pula ada "Malay Transport", Syarikat Bas Melayu yang hidup segan mati tak mahu. Akhirnya syarikat bas ini mati juga dengan sendirinya. Saya juga naik bas ini untuk ke sekolah. Selebihnya saya naik basikal kerana tak cukup duit. Pemandu bas ini orang kampong saya. Namanya Pak Cik Sudin. Sekarang Pak Cik Sudin tidak membawa bas lagi tetapi bertukar profesyen berniaga sayuran kampong di pasar tani Kuala Pilah. Se orang lagi personaliti Malay Transport ialah "Che Tom" . Anak gadis yang berpewatakan orang bujang.
.
Nostalgia tentang Batu Kikir tidak akan lengkap tanpa menyebut nama-nama Atuk Silong dan Wak Sarkam. Keduanya ada masalah mental. Atuk Silong rumahnya cantik di sebelah  kedai Asau. Di depannya ada pokok ciku yang rendang dan pokok mangga yang besar. Hobinya menulis apa saja di dinding rumahnya dan di mana saja ikut suka hatinya. Namun begitu tulisannya sangat cantik. Wak Sarkam pula terkenal dengan basikal dan parang panjangnya. Jika ia ke Batu Kikir dengan selepang merahnya sambil menyanyi lagu Jawa sesekali ia akan melibaskan parang panjangnya.
.
Bangunan yang masih kekal dari dulu hingga kini ialah Balai Polis. Lain-lain telah bertukar kepada bangunan kedai batu dua tingkat. Kita mungkin sudah lupa di mana letaknya kedai gambar Zul dan kedai rojak mamak yang paling sedap di Batu Kikir.
.
Batu Kikir membangun mengikut pembangunan tetapi ia bukan sahaja kehilangan jambatan bosinya tetapi telah menghilangkan nostalgia kita tentangnya.

ISMAIL@CHANG CAPIT.

18 comments:

  1. Kedai gambar tu milik Zul ke atau Abdul? Kedai kopi Kian jugak jual air batu kepal 10 sen harganya dan pelbagai perisa. depan balai poils tu ada pondok telefon yang sudah senget dekat dengan kodai bosi tu..Kodai jahit rasonya ado duo buah bang.. apapun coretan ini mampu mengembalikan ingatan lama kito. MSA.

    ReplyDelete
  2. Wah..abang cang capit hebatnya cerita u..saya membaca sambil membayangkan posisi kedai dan bangunan yang u critakan tu..kedai air batu kopa bersebelahan dengan kedai bosi tu kan.., saya tiap tiap hari boli air batu kopa yang harga 10sen makan sambil bejalan mengharungi cuaca panas untuk ke sekolah (sekarang sek ren Bt Kikir, semasa d remove class, kerana bas cuma hantar stakat simpang je)memandang percikan api besi yang sedang dibentuk dengan bunyi lentung lentang besi yang dipukul untuk dibentk menjadi parang atau bentuk yang dikehendaki sangat menyakitkan mata dan sangat membingitkan telinga..pun begitu kalau lalu disitu mata saya tak terlepas dari memandangnya. Balai polis dicorner simpang K pilah P.Lebar disitulah kawan kita Azimah osman tinggal kan.. ayahnya seorang anggota polis tinggal diquarters polis tu. Kedai minum cino Asau yang menyediakan 'juke box' menyediakan lagu popular zaman itu amat mengasyikkan..di situlah pasangan kekaseh SMBK berdating...
    Seronoknya mengenang zaman2 retro kita..trima kasih pada abang cang capit..

    ReplyDelete
  3. Memang benar kata Sarip dan Mariani tu. Dua kedai gambar. Mula-mula Kedai Gambar Dol.. Lepas tu bertukar pada kedai gambar Zul. Zul ni adik kepada Isa (body builder) tokey kedai yang jual kasut tapak hijau.
    Kita dulu kalau dapat pakai kasut tapak hijau bukan main banggo sekali tapi kato Sarip Siti Normah tak main kasut tapak hijau ni. Tapak kasut dia warna merah.
    Kodai Kian selain famous dengan air batu kopa, kek belakang ada satu bilik rahsia. Kek situ la kaki merokok melepak. Maso tu rokok murah. Benson dan Dunhill 5 sen yo sebatang. Cikgu Md Zain selalu buek raid kek situ. Mujur ese tak kono.
    Ismail@Chang capit

    ReplyDelete
  4. Azimah memang pernah tinggal kek quaters balai Polis tu. Masa form v dia pindah ke quarters polis Kuala Pilah. Saya pernah pergi beraya di rumah Azimah kek quarters polis tu. Masa jumpa di Ilham dulu ternyata Azimah masih ingat lagi kunjungan saya di pagi hari raya aidilfitri ke dua itu.
    Ismail

    ReplyDelete
  5. Bang Maie,
    That's really down the memory lane. Sambil membaca, saya terbayang semula segala yang tercatat. Rindu rasanya untuk kembali ke alam dulu. Sekolah, sahabat dan evironmentnya.... cukup indah dalam kenangan. Syukur kita dapat bersua kembali hari ini dan dapat mengimbau kenangan suasana lalu yang cukup indah, nostalgia dan sangat-sangat membahagiakan... I lost my words... There is no word that can express what I really feel reading your article. Thank you... please share....I really love it. Thank you....shidi.

    ReplyDelete
  6. Thank you Shidi for your comment. Those days will remain stays in our mind. Thanks to all our friends that make all these wonderful moment remain in our heart. We are all great. No other group can do like what we did. I promise to myself to be part of you all the time. I love you all.
    Ismail

    ReplyDelete
  7. bang Maie,
    You are absolutely right. The memories will never fade. Those were the beautiful days of our lives. I don't have any other group of friends as such. Let's be part of every of us and let the beauty lives on...isyaallah.
    ...shidi....

    ReplyDelete
  8. Memang Benar dan sebenar2nya, like s what Prof Shidi said, its all really down the memory lane. Saya juga membayangkan apa saja yg tercoret oleh Bang cang capit. Cukup mengingatkan saya kpd segala kenangan2 yang lalu.Tidak akan pudar segala kenangan2 tersebut, sehingga kini saya masih teringat semasa keluar dari sekolah, terus menuju ke kedai Asau utk beli air batu kopa...Air batu di letakkan diatas sehelai surat khabar sahaja. Saya membayangkan waktu memegang ais tersebut dari tgn kanan ke tgn kiri, menghirup ais tersebut cepat2 agar air batu tak haus ditangan.
    Saya bayang goli ati pun ado....maso tu air batu tu sodap bobonar...yg mana dihari ini anak2 saya tak tau apo itu air batu kopa.....

    Saya masih teringat akan kesedapan masakan airtangan arwah ibu Rubiah Yusoff, kerana saya sering dan boleh dikatakan setiap hari jika sekolah petang saya akan beranggoh di rumah beliau, jadi makan tengah hari saya dirumah beliau lah. Ibu dan bapa Rubiah sgt mengenali saya hingga ke akhir hayat mereka, mereka ibarat ibu bapa saya rasanya, mereka terlalu baik kepada saya...Terimah kasih saya tak terhingga kepada kedua mereka.

    Saya juga sering kerumah Zainab di Jemapoh sekiranya nak menumpang menunggu sekolah petang.Disini juga saya dilayan dengan baik oleh ibu Zainab, makan tengahhari dirumahnya..arwah ibu nya pun pandai memasak macam masakan ibu saya juga. Sebab itulah zainab pun pandai memasak.

    Selain Rubiah dan zainab saya juga kerumah Hawa, Normah Ali, routine yg sama juga yg terjadi...begitulah kami bersama2 ketika dahulu, kami tak pernah bergaduh sesama kami, malah sentiasa berbaik2.

    Kawan2 yang lain pula ,kalau tak kerumah kwn2 mereka akan duduk di kantin sekolah menunggu masa sekolah petang. Tetapi saya jarang duduk di kantin waktu tengahhari, saya sering saja dipelawa oleh kwn2 kerumah mereka utk menunggu masa. Terima kasih kwn2 semuanya yg begitu baik dgn saya.

    Oleh itu saya meminta agar perhubungan ini dapat diteruskan dan dirasai seperti dulu2, saling sayang menyayangi diantara satu sama lain.

    Bila sebut nama Azimah Othman teringat saya bahawa die sememangnya duduk di Balai Polis Batu Kikir, dan saya juga teringat seorang lagi kwn kita iaitu Siti Nor Khalidah Abd Kadir yang lemah lembut, selalu diusik oleh kwn2 lelaki, dengan jelingan die nampak manis. Kwn2 ingat tak kepada beliau?

    Kedai gambar 'Dol' mengingatkan saya...NOSTALGIA
    ketika dihari perkahwinan saya, Pakcik Dol tulah yg ambil gambar perkahwinan saya. Saya melangsungkan perkahwinan bukan dikg saya di Tengkek, tetapi di rumah ibu saya no. 2 di Terusan, dekat dgn rumah Razali Khamis. Perhubungan saya dengan Razali Khamis juga bukan setakat kwn sekolah, sekelas tetapi mempunyai pertalian saudara sebelah bapa saya dan pertalian saudara dengan ibu No.2 saya. Dengan itu kami agak rapat semasa dulu bukan sebagai kwn saja tapi sebagai saudara.

    Bang Mael, bak kata u identiti Batu Kikir dah hilang kerana perubahan masa, pembangunan pekan kecil itu yg merubahnya, tetapi saya bangga walau pun dah berlainan wajah, tetapi itu menunjukan kemajuan yg boleh dibanggakan kalau tidak bayangkanlah semasa di zaman kita, wajah pekan itu agak teruk dan sekiranya ada lagi seperti dulu, mungkin org akan berkata...pekan kito tu dah ketinggalan zaman..tak boghubah2....apolah yg dibuek ee dek wakil rakyat (adun) sini....hehehe

    Kenangan....kenangan....pergi dan datang!!!!!!!


    SSAK

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum! Ese tumpang masuk ke Blog Abg2 /Kakak2 ni. Siap simpan dalam 'Favorites' laie.Tak kacau doh..topi songeh2 yoo) Sobab eh ese ni juniorlah sikit. ese kek SMBK 73 keluar 77.

    Tapi nama2 dan watak2 dalan tu sebahagian bosa eh ese kona. Malah ado watak2 tertentu tu, sangat 'membalikmudokan' ese. Watak2 Ustaz Nizar,Halimah Ujang (spek toba - penjaga perpustakaan)Siti Normah Nasiruddin (Kecik yo- Tapi sumo sukan dio masok), Shariff Ahmad (yang report kek HM ese balik awal dari sekolah-nyampah boto ese kek dio - apo tak ehhh..Cikgu Displin..Cikgu Yunus sobat ese sekali..ngeliat ese kono. Sodangkan ese budak baik..*baik sikit dari Antu lah.

    Wak Sarkam (semasa sukan tahunan 1973- belari ikut garisan luar trek padang tu sambil angkek podang panjang eh..semua orang tengok dio..lopeh dia keluar dari pagar sekolah..ahh barulah acara sukan mulo balik..gilooo

    Bas kejelutong tu..memang iyo..conductor ehh nama cik Tom..(topi ado sorang laie..macam dio tu yoo..namo eh dah lupo plak.)

    Banyak yang ese lupo..topi bila jumpo blog ni ..macam mudo balik raso eh..
    Kalau ese yo dah tuo..51 thn..kalian sumoo laie lah tua..

    Sebolom tutup ni..Ese ado musykil sikit..hampir 40 tahun ese simpan..Gulo sirap kek Kodai Asau tu, kalor eh lain macam merah eh..agak agak inci eh (sirap) boli kek mano tu..

    tk. teruslah usoho elok ni..sesekali kok nak nyampuk ..ese tak kiroo..ese sampok yoo.

    NSR73-77

    ReplyDelete
  10. Adinda (NSR),
    Abg tak kisah adinda menjadi pengunjung setia blog ni. Meriahkanlah dia dengan memberi komen atau apa juga cadangan untuk membaiki lagi blog ini. Memang tujuan kami untuk mengingatkan kembali kenangan manis semasa belajar di SMBK. Jika ada yang lain yang berminat silakan masuk. Tolong sebarkan blog ni kepada yang lain.
    Terima kasih. ISMAIL

    ReplyDelete
  11. Kok yo pun nak numpang lalu boghilah salam NSR73. Pokonalkan dighi boto-boto. Peuh ese nghingatkan aaa sapo deh.. maaf banyak-banyak maghin ese repotkan NSR balik awal kek HM.. Itu dulu, sokhaghang bueklah apopun se tak report laie doh.. MSA

    ReplyDelete
  12. Yolah boto tu MSA, esei pun nak tau yo sepo deh NSR73 ni, kughang2 ee nak kona yo, kalau masuk tu biar bersalam bilo keluar biar botabek...khihkhihkhih.......

    Esei pun gembiro yo...ada respon dr yg bukan ahli.....

    Sesiapo pun elok perkenalkan diri, biar kita sama2 mencoret dan membaca nukilan masing2 dengan selesa dan gembira.

    ReplyDelete
  13. NSR73,
    Welcome, nice of you to join. I still remember the day Wak Sarkam joined our sport. True, its unfogetable. Anyway, please introduce youself. I think you were in Form 2 or 3 then. I just can't recall. Join us. TQ...shidi..

    ReplyDelete
  14. Haa tulah se dh cakap dulu lai ghamai yang bukan ahli yang ngintai ngintai/masuk dalam blog ni...silalah masuk..jangan ngintai ngintai yo.....kok nampak tak po yo doh bulih tau tinggi ghodah ee, gomok kurus ee..itam putih ee. agak ee kito somo ni kona NSR tapi dek tk nampak puehlah monoko..NSR agak ee oghang mano yo..oghang P Lebar ko..jlutong.., guntor..ontahlah...welcome to the blog... introduce yourself..don't be afraid..be part of our family..

    ReplyDelete
  15. Sayo kat Sekolah kesayangan ni daripada tahun 1965 hingga 1968. Cikgu Bosar eh maso tu ialah Cikgu Yusof b.Kassim ( Arwah ). Maso masuk tu ke Tingkatan 1B. Cikgu kelas Cikgu Izhab b. Harun ( Arwah ). Kito orang menumpang kat Sekolah Kebangsaan Batu Kikir iaitu tapak sekolah menengah yang ado sekarang. 6 bulan kemudian pindah menumpang kat Sekolah Rendah Inggeris Bt. Kikir ( Primary English School ). Iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Kikir sekarang. Sesi petang. Lepas 2 tahun dapatlah sekolah iaitu bangunan sekolah yang ada sekarang. Tu pun kongsi sama dengan sekolah rendah. Sekolah kami 2 aliran. Iaitu aliran Melayu dan Aliran Inggeris. Yang jadi kenangan cikgu yang ajar kami sebahagiannya ambik periksa yang sama dengan kami. Yang sayo gelak dan dia pun golak bila ustaz sayo ambik SRP mata pelajaran Agama Islam dio pun sama dengan sayo. Gred 7 ( Lulus ajo ). Mano lah agak eh ustaz tu. Namo eh Ustaz Ahmad Tajuddin. Orang Kedah. Hensem orang eh.
    Pekan Batu Kikir maso tu tiap hari khamis ado Pasar Khamis. Jam 8.00 pagi sampai 12.00 tengah hari. Orang berjual ada pundong/ rumah empat btg tiang ada atap dan lantai je dibuat dek Town Board ( Majlis Daerah ) Kek tapak Dewan Orang Ramai sekarang. Tapi orang lobih ramai berjual kek bawah pokok - pokok sebelah kiri jalan arah Bahau ke Kuala Pila dopan kedai. Maso tu ada banyak pokok ubi gajah ditanam. Yang diorang jual hasil - hasil kg. Ikan sawah, Pucuk paku, kerdas, pinggan mangkok, kain baju, kuih muih Negeri Sembilan contoh eh pekpok, mentalam,lomang,apam boras ( Ni kuih popular Makcik Ambam (Arwah). Ado yang konal tak?. Dio pakai bodak kapoh muko eh.Ingat laei.
    Yang paling sodap cito eh den ni nakal sikit. Org panggil den Pokngah. Dari cikgu sampai kengkawan sumo panggil den namo tu. Tak cayo tanyo cikgu kesayangan den namo eh Cikgu Izhab ( Eh dio dah arwahlah . Maaf yo ). Tanya balu eh namo eh Hjh. Cik Wa Abu Bakar. Maso tingkatan 3 kito org periksa trial SRP / PMR. Tahun 1967. Bulan 8. Cikgu Yusof ( Guru Bosar ) bagitau trial ni samo lah mcm periksa SRP yang sebonar eh. Kebotulan hari Khamis pun ado periksa. Jam 11.00 pg. periksa dan abis. Sesi sekolah ado laei. Yang den maso tu Pengawas. Den ajak kengkawan merayau kek Pokan Khamis. Dio org tanyo buleh ko?. Den kato ikut yo lah. Dio orang pun ikutlah. Adolah 6 orang yang ikut den.Tgh merayau kek Pokan Khamis Cikgu Usop Guru Bosar cari kito orang. Dio tempik eh ' Baliiiik' . Kito orang balik lah kesekolah. Lopeh tu dio orang kono panggil dek Cikgu Bosar. Apa hukuman den tak tau. Last den kono panggil, bilo kengkawan dah balik kelas. Den pun poeilah jumpo guru bosar. Masuk bilik dio tengok rotan setengah panjang mejo eh. Risau yo kok kono. Cikgu Bosar tanyo den " napo kau bawak dio orang kuar pokan khamis?". Den pun jawab selamba yo."Kan cikgu yo yang ckp periksa trial ni sama mcm perikso yang sebonar eh. Saya kiro samolah bilo dah abis perikso bole balik ko. keluar ko. tak salah kan?". Tak dapek jawap cikgu Usop. Den pun balik kelas mcm biasa. Kengkawan pun tak tanya lopeh tu. Isnin dopan tu baru diorang tanyo pasal apo tak datang kelas denda. Kelas denda ni biasa buek ari Sabtu. Kojo eh cuci jamban. Laaa. Rupo eh dio orang kono cuci jamban, Yang den ni tak kono. Sampai ni den senyum ingat kisah nakal den tu. Tu pasal den tak berapo pandai agak eh. Kengkawan....Den ni pencen Pegawai Kanan Kementerian Belia dan Sukan. Rindu kek Kengkawan yang ambik SRP tahun 1967 dan SPM 1969. Antara nama - nama eh Yusof Wahab, Idris Mohamad, Mohd. Mail Hj. Hassan,Ashi, Mustafa Sudin, Yusof Sulaiman, Ahmad Ismail, Adam Samah ( Panggil Adam Bosi ), Azman, Adnan, Marzuki,Noraini ahmad, azizah ghani,faridah hashim, faridah sabtu, fauziah, debab, che wa, zakiah, suri ( dah arwah ),Iton bador, salbiah malik,mazlan yaakob, md. zain dollah, zaharah hashim,arifah yusof, hasnah baharuddin,hamid,yusof ahmad,abu zarim ahmad dan ramai laei. 5 kelas sumo eh. Kalau dapek kumpolkan balik dan jumpo. Best ehhhh.

    ReplyDelete
  16. As salam. Setuju wak sarkam x gilo. Wak sarkam seorang yg rajin..pantang jumpa somak..habis dio tobeh. Pernah kono langgar lori balak..basikal hancus dan wak sarkam tersungkam dlm longkang. Tau apo jadi? Dia boleh bongkar dan tanyo drebar lori " lu tidak apa2 kah?" Ese pornah tengok wak serkam makan queen anai2..katanya "ubat kuat". Wak sarkam bukan orang gila sbb pernah belajar satu dgn cucu dio di Sek Keb Serting Ilir 65-70.

    ReplyDelete
  17. Pandai2 je ckp wak sarkam gila..

    ReplyDelete