GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Monday, July 18, 2011

Minit Mesyuarat Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri 1432 (2011)

SURAT EDARAN MESYUARAT PERJUMPAAN H/RAYA 1432 (2011) - SMBK69/74

MINIT MESYUARAT
PERJUMPAAN HARIRAYA AIDILFITRI 1432 (2011)
PADA 1OHB SEPTEMBER 2011
__________________________________________________________________________



Kepada,
Semua Ahli-Ahli Mesyuarat
(saperti senarai edaran)


YBhg. Datuk/YBhg. Prof/Tuan/Puan,


MESYUARAT PERJUMPAAN HARIRAYA AIDILFITRA 1432 (2011) BAGI BEKAS PELAJAR SMBK69/74
___________________________________________________________________________
Dengan segala hormatnya bersma-sama ini disertakan minit mesyuarat yang telah disediakan untuk makluman dan tindakan bersama seterusnya.

Sekian, terima kasih.



Saya yang menurut perintah,



 XXXXXXXXXXXXXXXXX
(SITI SHARA BT A.KADIR)
Setiausaha

Senarai Edaran:-

Pengerusi:

Sdr. Mohd Sharif bin Ahmad

Ahli-Ahli Mesyuarat Yang Hadir Dan AJK Penyelaras:- 

1.   YBhg. Dato' Abd Jalil bin Abdullah
2.   YBg. Prof Dr Ahmad Rashidi bin Hassan
3.   YBhg. Datin Normah bt Ali
4.   YBhg. Datin Yusmah bt Yusof
5.   Sdr Iskandar Shah bin Hj Suak
6.   Puan Rosenani bt Abd Rahman
7.   Puan Rubiah bt Yusof
8.   Puan Azmah bt Othman
9.   Puan Siti Shara bt A.Kadir


=================================================================
MINIT MESYUARAT
PERJUMPAAN HARIRAYA AIDILFITRI 1432 (2011)
PADA 10HB SEPTEMBER 2011
_________________________________________________________________________


Tempat:   No.163, Lavender Business Square
                Jalan Lavender Height 1, Lavender Height
                70450 SEREMBAN.
Jam     :    2.40 petang
Tarikh :    10hb Julai 2011.
__________________________________________________________________________

AHLI-AHLI YANG HADIR:-

1.    YBhg. Dato' Abd Jalil bin Abdullah
2.    YBhg. Prof Dr Ahmad Rashidi bin Hassan
3.    Sdr Mohd Sharif bin Ahmad
4.    Sdr Iskandar Shah bin Hj Suak
5.    Datin Normah bt Ali
6.    Datin Yusmah bt Yusof
7.    Puan Rubiah bt Yusof
8.    Puan Rosenani bt Abd Rahman
9.    Puan Azmah bt Othman
10.  Puan Siti Shara bt A.Kadir


1. PERLANTIKAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA MESYUARAT/MAJLIS.

             1.a     Mesyuarat telah bersetuju menerima cadangan untuk melantik Tuan Pengerusi
                       iaitu Sdr Mohd Sharif bi Ahmad bagi mempengerusikan mesyuarat dan majlis
                       yang akan diadakan.

             1.b    Mesyuarat juga telah bersetuju melantik Puan Siti Shara bt A.Kadir sebagai
                      setiausaha mesyuarat bagi merekodkan perjalanan dan keputusan mesyuarat.

2. UCAPAN PENGERUSI.

             2.a   Pengerusi Sdr Mohd Sharif bin Ahmad telah memulai ucapannya dengan
                     mengalu-alukan   kehadiran ahli-ahli pada petang tersebut.

3. PERKARA BERBANGKIT.

             3.a    PEMBENTUKAN AJK PENYELARAS.

            3.a.1  Pembetukan AJK Penyelaras ditubuhkan dengan rasminya pada hari ini.  Semua
                      yang hadir pada hari ini dengan rasminya dilantik sebagai AJK Penyelaras.

            3.b.2  Masa yang dipersetujui ialah dari jam 5.00ptg. hingga 12.00mlm pada hari
                      tersebut.

                      (Kepada ahli-ahli yang berkesempatan bolehlah datang ke lokasi seawal jam 
                      5.00ptg. bagi membantu tuan rumah dalam segi penyediaan dan persiapan 
                      majlis).

            3.b.3  Lokasi yang dipilih setelah dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat ialah di Rumah
                      YBhg. Dato' Abd Jalil bin Abdullah dan Datin Yusmah bt Yusof,  di alamat     
                      berikut:-
                                                 No. 2, Bt 27 3/4, Kg Pelangai
                                                 72000 KUALA PILAH.

                      (Dari Batu Kikir sebelum masjid Pelangai sebelah kiri, betul-betul masuk 
                      dekat dengan gerai jual lemang dan buah-buahan).

4. JAMUAN MAKANAN.

            4.a  Segala urusan mengenai jamuan makan malam dan khemah serta peralatan majlis akan
                  diuruskan oleh YBhg. Dato' Abd Jalil dan isteri Datin Yusmah.  Berkemungkinan beliau
                  akan menguruskan makanan secara tempahan (catering).

                  Mesyuarat juga memutuskan sekiranya ada diantara ahli-ahli yang ingin memberikan
                  sumbangan makanan tambahan mengikut menu istimewa masing-masing, adalah dialu-
                  alukan.  (Kepada mereka yang ingin berbuat demikian sebaik-sebaiknya memberitahu
                  atau memaklumkan kepada Tuan Pengerusi atau Setiausaha atau terus kepada tuan rumah
                  iaitu YBhg. Dato' Abd Jalil). Walau bagaimana pun makanan utama akan disediakan
                  pada majlis ini.

5. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBANGAN AHLI-AHLI.

           5.a  Mesyuarat mempersetujui dengan sebulat suara iaitu bayaran untuk seorang bagi semua
                  ahli-ahli dan keluarga yang menyempurnakan majlis bersejarah ini adalah seperti
                  berikut:-

           5.a.1 Bagi umur dari 15 tahun keatas bayaran yang dikenakan adalah 
                    sebanyak RM40  seorang.

           5.a.2  Bagi umur dari 15 tahun kebawah tidak dikenakan sebarang bayaran
                     iaitu percuma.

            5.b  Sumbangan WAJIB dari ahli-ahli (WARGA SMBK).
                   
            5.b.1 Sumbangan yang WAJIB ini adalah dari ahli-ahli sahaja (Warga SMBK) iaitu
                     setiap seorang ahli membawa satu hadiah atau hamper pada majlis tersebut atau
                     apa-apa saja sumbangan yang ahli-ahli fikirkan baik bagi mereka.  Sumbangan ini
                     adalah salah satu acara dalam aktiviti majlis iaitu cabutan bertuah yang akan
                     diadakan.


6. PENGISIAN PROGRAM MAJLIS.

            6.a  Solat Maghrib Berjemaah.

            6.a.1   YBhg. Dato' Abd Jalil sendiri telah menyatakan sempena majlis ini dibuat di
                       rumah beliau, maka beliau meminta untuk bersolat jemaah bersama-sama.  Oleh
                       itu pihak mesyuarat menyetujuinya dan mengalu-alukan semuga semua ahli-ahli
                       dapat menyertai nanti sebagaimana yang diancangkan.

            6.a.2   Majlis akan membuat bacaan doa selamat selepas sembahyang maghrib.

            6.a.3    Pihak penyelaras majlis akan mengatur aktiviti-aktiviti/aturcara lain pada malam
                        tersebut, ajenda aktiviti akan disebarkan semasa kehadiran.

7. PAKAIAN PADA MALAM MAJLIS.

            7.a    Oleh kerana majlis ini masih dibuat dalam suasana Hariraya maka Tuan Pengerusi telah
                     mewar-warkan untuk kesempurnaan seelok-eloknya semua ahli bagi lelaki memakai
                     BAJU MELAYU YANG LENGKAP dan bagi ahli wanita memakai BAJU KURUNG 
                     atau yang bersesuaian dengan majlis.  Cadangan ini telah disokong oleh Sdr Iskandar
                     Shah dan beberapa ahli mesyuarat.


8. JEMPUTAN KEHORMAT.

           8.a    Mesyuarat dengan sebulat suara menyetujui untuk menjemput beberapa orang guru
                    (bekas guru) ke majlis ini.   Semua jemputan itu akan di uruskan oleh Tuan Pengerusi
                    dan YBhg. Dato' Abd Jalil serta YBhg. Prof Dr Ahmad Rashidi.


9. PERLANTIKAN BENDAHARI.

          9.a     Mesyuarat telah bersetuju melantik Sdr Ismail bin Md Isa sebagai BENDAHARI.
                    Semua sumbangan mestilah disalurkan melalui akaun beliau.


10. Tuan Pengerusi akan menghebahkan (POSTING) majlis ini didalam blog SMBK69/74.  Semuga
      pihak- pihak yang berkenaan dapat membaca blog dengan kadar sgera.


Mesyuarat bersurai pada jam 3.45 petang.

Disediakan oleh:
(Siti Shara bt A.Kadir)
Setiausaha.
                   
HARAP KAWAN2 MULA RESPON DAN KOMEN DI SINI.

4 comments:

  1. Job well done Shara...InsyaAllah I akn hadir..I"ll keep myself inform with ur posts or notification. TQ.

    ReplyDelete
  2. Hebat Setiausaha kito ni...very up to date..saya harap rakan-rakan kita akan dapa mewar2kan kepada rakan2 yang lain.Biar majlis kita meriah nanti.Kita juga akan tengok kemungkinan menjemput anak2 yatim untuk turut hadir nanti.Kalau ada yang nak bayar zakat atau derma sila hubungi saya , pengerusi atau s/u untuk disumbangkan kepada mereka kelak.

    ReplyDelete
  3. Laa lupo pulak nak lotak namo tadi atas tadi..AJA

    ReplyDelete
  4. Mano MD, Bang CC, NSR, Bee dll ni... tak ondak ghayo ko dio oghang tu....

    Kok nak baya fidyah pun boleh kek DJ hahaha..

    Jom balik kampung!!!!

    Jokiden

    ReplyDelete