GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, December 31, 2013

ALAHAI LEGOLAND...

Oleh Jokiden:

 
Photo

Percutian hujung tahun keluarga Jokiden kali ini ialah ke Selatan Tanah Air.. Melaka, Johor dan Singapore. Melaka negeri kecil tanpa hasil bumi ini telah diurus dengan baik dan menjadi tumpuan orang untuk beristirihat bukan sahaja oleh warga dalam negara tetapi juga warga luar negara. Pemikiran positif tetap mengakui bahawa Melaka telah pesat membangun. Melaka mempunyai pelbagai produk pelancungan untuk disuakan.

Johor mempunyai daya tarikan baru kepada para pelancung dalam dan luar negara. Johor kini amat pesat membangun bukan sahaja daripada limpahan Nusajaya, Kota Iskandar dan Medini tetapi tumpuan dan daya tarikan utama tetaplah Johor Premium Outlet dan Legoland. 

Puluhan ribu pelancung mengunjungi dua lokasi ini saban hari. Segala-galanya 'duit' di sini. Jika poket agak kempis, datang ke sini akan menambahkan letih litak anggota badan sahaja.

Untuk memasuki Taman Tema Legoland bukannya murah, walaupun dengan pelbagai promosi, harga untuk seorang tetap melebihi RM100.00 Jika kita bersedia untuk berpisah dengan RM100 kita, maka masuklah. Jika tidak mundar mandir sahajalah di luar pusat peranginan tersebut untuk tempoh beberapa jam dan bersembanglah dengan ramai lagi yang turut termenung di situ.

Legoland seluas 74 ekar memberikan kepuasan kepada golongan kanak-kanak da juga orang dewasa. Saya melihat di situ bukan sahaja terdapat warga Malaysia pelbagai kaum, tetapi juga turut dikunjungi oleh wajah-wajah asing dari seluruh dunia. Anak bujang saya sempat bergambar dengan pemain import JDT dari Argentina tu, Pablo Aimar yang sedang melilau di situ.  



 

Di Legoland parking boleh di merata-rata tempat setakat hari ini jika tidak mahu membayar harga parking sebanyak RM7.  Dari tempat parking menuju ke kaunter tiket kebersihan adalah tidak terjaga seperti sepatutnya. Sampah terutamanya botol dan kotak air serta puntung rokok bertaburan sepanjang jalan. Bukannya tidak ada tong sampah, tetapi tidak mencukupi dan melimpah ruah pulak.

Keadaan di dalam Taman itu agak bersih dan sentiasa dipantau oleh tukang2 sapu dan tukang2 pungut. Tandas juga agak bersih dan tidak membantutkan selera untuk melepaskan hajat. Urusan yang melibatkan wang di sini agak mahal.

   
   

  


 
Hahaha...



CABANA!!!!

Contohnya untuk menyewa Cabana ini setengah hari kosnya ialah RM150. Untuk tempoh sehari atau yang melebihi jam 6 ptg kosnya meningkat ke RM300. Kegunaan Cabana ini ialah untuk lepak, merihatkan badan, menukar pakaian dan untuk melelapkan mata sementara menunggu orang tersayang berguling2 dalam air. Terdapat dua kerusi yang boleh dijadikan katil. Apabila telah berada di dalamnya maka diletakkan amaran 'tidak boleh meninjau' di luarnya supaya tidak ada yang menggatal. Jika dibandingkan dengan sewa bilik di hotel bajet pastilah harga sewaannya agak mahal. Namun bilik hotel bajet tidak boleh pula di bawa ke situ.




Yang ini pula untuk mengeringkan badan dan pakaian setelah bergelumang di dalam air. Mahal juga ni, setiap orang dikenakan charge RM10.00   

  

Harga makanan dan minuman di dalam Legoland adalah dua kali ganda daripada harga sebelum masuk. Kita boleh keluar sebentar jika tidak mahu membazirkan duit. Tunjukkan tiket dan belakang tangan untuk di chop oleh penjaga pintu tersebut, pergilah menjamu selera dan kemudian boleh sambung bermain di dalam. 
  




Jika sebotol air di luar berharga RM2.50 hingga RM2.80, di dalam pastilah berharga RM5.00. Haus berjalan-jalan, cuaca panas atau lengoh beratur untuk menaiki satu-satu permainan, maka air sebenarnya satu keperluan wajib di situ.

Sebelum ke sana semasa di JB Sentral, isteri saya membeli pelindung cahaya matahari berharga RM28.00. Apabila dijeling-jeling harga produk yang sama di sana maka harganya ialah RM43.00. Sekaki payung di sebelah luar berharga RM18.00, beberapa tapak ke dalam, harganya sudah meningkat kepada RM24.00. Sekeping gambar di luar berharga RM30.00, sementara di dalam pula ianya berharga RM50.00. Hahaha.. Murah bagi warga asing dan Malaysia menjadi syurga membeli belah di mana daripada 180 buah negara di dunia ini Malaysia mendapat tempat ke sepuluh sebagai negara yang sangat suka dikunjungi. Sementara itu Kuala lumpur menjadi Kota Raya ke empat dunia di mana aktiviti membeli belah menjadi pilihan. Apopun jiko duit kito bolun botingkek, semua itu terasa mahalnya.   

Tuala boleh di sewa jika terlupa membawanya, kadar sewa ialah RM20 sehelai. Kemudian jika kita membawa banyak barang dan ragu dengan keselamatannya maka tempat menyimpan barang juga disediakan dengan kadar sewa RM20.00. Lalu segala-galanya di situ adalah kisah duit... duit.. dan duit..

Sehelai tuala juga yang boleh dibeli di mana-mana pasar raya dengan harga sekitar RM35 atau RM40, di Legoland harganya ialah RM69.90, hanya kerana terdapat chop Legoland. Saya perhatikan peniaga-peniaga di sana sangat kreatif dalam menjana pendapatan. Sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderahati yang bertulis Legoland sentiasa padat dengan pengunjung. 

Harga sehelai baju T, kain kapas saiz kanak-kanak ialah RM49.90. Harga rantai kuci yang paling simple pula ialah RM13 paling murah.. Pada hal di tempat lain kita boleh dapat RM10 untuk 5 set. Saya perhatikan juga jumlah rantai kunci yang di jual di situ tersangatlah banyak, bertimbun-timbun dan berlapis-lapis.  Topi yang boleh kita beli di mana-mana pusat pelancungan dengan harga RM20.00 tetapi di Legoland ia berharga RM39.90. 

Di sebelah luar Legoland banyak terdapat kedai-kedai makanan dan juga yang menjual barang keperluan biasa serta barang permainan. Namun saya yakin sangat dalam sedikit waktu lagi, kita akan dapati di situ pastilah akan terdiri daripada kedai-kedai yang menjual barang berjenama dari luar negara. Suasana di tempat itu juga sesuai untuk bersantai sambil merihatkan minda. Melihat orang mundar mandir dan berjalan bertali arus sebenarnya boleh merihatkan minda. Saya tidak terlepas daripada memikirkan apakah dalam minda mereka terdetik perasaan untuk turun ke Dataran Merdeka untuk melakukan demo membantah itu ini terutamanya GST ini. Pernah terjadi apabila peserta demo akhirnya termasuk ke dalam KLCC atau SOGO, mata mereka terbeliak melihat barang dan harga yang dipamirkan. Ketika itu juga sebahagian daripada mereka terasa sangat yang mereka berdemo itu digunakan oleh pihak lain. Tiba-tiba sahaja mereka merasa kerdil dengan apa yang mereka lihat, lalu mereka ingin segera kembali ke tempat masing-masing untuk meneruskan kehidupan mereka. Jikapun mereka memperolehi duit sebagai upah untuk berdemo, duit itu tidak memberanikan mereka untuk menjamu selera di pusat-pusat berkenaan.  

Segala-galanya ada di bumi bertuah ini. Usahalah dan carilah kehidupan yang lebih bererti dan berasa cemburulah dengan pendatang asing yang menghantar pulang ke nagara masing-masing sebanyak RM50 billion setiap tahun yang diraih melalui pelbagai cara di sini. Jika kita tidak mampu, buatlah cara saya iaitu termenung dipinggiran, nikmati segalanya melalui pemandangan. Itupun sebenarnya membahagiakan.





Akan bersambung ALAHAI JPO.. salam sayang dan salam rindu semuanya..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.
 

No comments:

Post a Comment