GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Saturday, December 21, 2013

JANGAN SAMPAI TERKANTOI.. HAHAHA..

Oleh: Jokiden.

  Photo

Pagi ini ketika saya masih berada di SRR saya dikejutkan dengan bunyi yang bertalu-talu dari hp saya. Menjangkakan is sesuatu yang penting maka saya buka dan lihatlah..

Rakan-rakan SMBK kita rupanya sedang berseronok chating di whasapp. Riuh rendah, sampuk menyampuk dan komen mengomen. Group ini telah lama diwujudkan, saya terdelete diri sendiri suatu ketika dahulu, namun adminnya kurang aktif. Baru hari ini adminnya (Molah) kembali aktif dan rakan-rakan baru ramai yang menyertainya..

Sesuatu yang baik ialah, maklumat mudah disalurkan. Jemputan mudah dipanjangkan dan alasan jika tidak dapat memenuhi permintaan juga mudah diselitkan.

Apapun dalam keseronokan berchating saya risaukan satu sahaja, bimbang ada rakan-rakan yang tersasul, tersalah komen, terlebih gosip dan terlebih umpat. Berhati-hatilah kita semua agar perkara serius yang menusuk hati dapat dihindarkan dalam usia emas ini.

Kadang-kadang tujuan kita hendak bergurau, rakan tersalah terima, rakan yang lain tersilap menyampuk tanpa tahu hujung pangkalnya, maka akibatnya tujuan baik boleh menjadi sebaliknya.

Saya mengingatkan ini supaya saya juga berhati-hati. Terutamanya kepada rakan-rakan yang suka 'mengumpat' (kok adolah) mana tahu dalam keghairahan, terumpat rakan lain, tanpa sempat memadamkanya rakan-rakan lain sudah membacanya.

Seeloknya kumpulan chat whasapp ini hanya digunakan untuk menyampaikan maklumat penting sahaja. jika ingin terus berwhasapp gunakan sahaja yang personal,

Eh wah, macam ustaz pulak sei berceramah kek sini aa.. tak ada apa, anggap lah itu hanya ngomelan saya semata-mata. Selebihnya kita uruslah sebaik mungkin perhubungan kita ini semuga berkekalan.

   Photo    
Lela, LAR, MASMARIA, SSAK, AZMAH n RUBIAH Y.

Salam sayang dan salam rindu semuanya.

2 comments:

  1. AsSalam,

    Salam sayang dan rindu pd semua kawan2....mcm kato Jokiden.

    Saya juga berasa gembira bila kawan2 dah boleh berchating sesama sendiri.
    Ceritanya pd seawal pagi kwn kita Zainab Idris telah wsapp di hp saya menjemput
    kenduri di rumah beliau pd 25 Dis 2013 jam 8.00mlm hingga 10.00mlm.
    ketika itu saya terfikir seramai mana je yg tau akan jemputan Zainab ini di Group SMBK... hanya 7 orang je yg dpt tahu maklumat tersebut dan sebelum ini saya tau bahawa kawan kita Molah yg jd admin group ni.....dah lamo sei bg tau dio supaya dio add kawan2 kita tapi beliau tak dpt buat kerna menjaga emak yang sakit dan macam2 masalah lain laie.

    Dengan beraninya semalam saya bagi tau Molah supaya add kawan2 kito yg lain2 ni supaya sume maklumat dapt di beritakan kepada warga smbk...Saya bantu beliau utk mendapat maklumat kawan2 tapi ado yg buleh ado yang tak buleh kato Molah sbb tak sume kawan2 kito yg berwssap...so keluar asap jo..

    Jadi mano yg dah masuk dlm group wssap ni....berwssap lah.....seronok gak.
    dpt info cepat dan tepat, tapi berhati bilo berchating spt nasihat Jokiden...saya setuju dgn pendpt dio demi utk kebaikan bersama. Esei tau yg kuek mengumpek tu esei, Jokiden, Lar....hahaha jgn marehhhh....dosaaa

    SSAK




    ReplyDelete
  2. Hahaha... tau takpo.. tahniah jugak ateh koboranian SSAK.. susah kito kalau dio ni tak ado, banyak sonang ea kito bilo dio ado sobab dio tak bokhiro bona aaa..

    Jokiden.

    ReplyDelete