GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Friday, January 3, 2014

AJUKUU



“Dah tak larat sangat dah ni… ni nak cuba tido. Nanti kalau ok dan dah bngn ajukuu sms abg…. Kalau ajukuu tak sms ajukuu dah tak bngn mgkn sampai esok. Abg jgn risau pulak. Hp ni ajukuu  silentkan. Abg jgn risau ok”

Itu sms yang aku terima selepas maghrib tadi. Menyesal aku yang se akan memaksa dia datang. Dia dah kata nak demam tapi aku mintak  juga dia datang sekejap. Menyesal atas sikapku aku minta dia balik dan berehat tapi dia enggan.
“Ajukuu sayang abang sebab itu ajukuu datang” katanya dalam  senyuman meleret yang hambar tetapi tetap manis.
Seperti setiap hari kami lepak-lepak sambil minum dan menjamah makanan sekadarnya bertukar lokasi setiap petang. Tadi kami memilih restoran tomyam terkenal.  Rutin harian ini akan menjimatkan kos makan malamnya.
Ajukuu nampak keletihan. Dia memesan nasi goreng ikan masin kegemarannya dengan nescafe ais sementara aku memesan dua ekor puyuh goreng pedas untuk diratah.
Aku amati  setiap sudu suapannya. Ternyata ajukuu lemah. Kunyahnya perlahan. Aku sentuh lengannya. Terasa sedikit bahang panas. Sungguh ajukuu demam.
Lepas makan aku hantar ajukuu ke tempat dia parking keretanya tadi. Dia enggan keluar dan kami terus berbual seperti selalunya. Ajukuu mengengam tanganku erat. Haba panas tangannya menjalar ke tanganku.
“Baliklah berehat..” pujukku.  Dia mencium tanganku lembut.  Terasa panas juga nafasnya. Dia menghulurkan pipinya untuk ku sentuh lembut kemudian perlahan membuka pintu kereta.
Ku perhatikan setiap langkah ajukuu ke keretanya sehingga kereta wira itu hilang dari pandanganku.
Esok dan lusa aku tidak dapat berjumpa ajukuu seperti biasa.  Betapa rindu akan menyentuh pintu hatiku. Aku harap pagi esok sebelum bangun tidur  ajukuu  akan menghantar sms.
Ajukuu..  lenalah tidurmu malam ini. Mimpilah yang indah-indah.  Moga esok ajukuu bangun dengan kesegaran.


[ Dari mindaku.  Tiada kaitan di dunia nyata ] 

MCC

2 comments:

  1. Kita hayati nukilan bang MCC ni, lama-lama nanti kita akan faham jua.. Siang tadi sewaktu bertemu dengan beliau di Res Ruang Damai Sikamat, saya dapati bang MCC ceria dan bersemangat apabila membicarakan tentang perjalanan Koperasi SMBK.

    Pada malam ini juga untuk tujuan rekod, saya catatkan di sini, melalui mesj berkumpulan whatsapp SMBK, kita terima bahawa seorang rakan SMBK kita iaitu Sdr Abdul Rahim Bador telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Semuga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang solih.. aminn.

    ReplyDelete
  2. Ajuuku tu memang wujud, seorang wanita, seorang isteri yg menjalinkan hubungan sulit dgn seorang lelaki yg bergelar suami......dunia akhir zaman atau trend masa kini suami org berkasih dgn isteri orang...trend org tua2

    ReplyDelete