GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Friday, January 10, 2014

TERKINI...

Oleh Jokiden:

   Photo: Dengan kk ipar Siti Mohd Diah di masjid Nabawi, Madinah Almunawarah 






 


09/01/14

   
.bdiri elok2 dik, jangan ngundur2...kang kok torojun dlm kolam blakang tu..topi bona tu.. 


Hari ini Sabtu, agak rihat dan santai sikit di rumah. Namun sebentar lagi akan ke PD pula, datin sei heboh nak poie book bilik ke Lexis tu..

Kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi Kakcik Mariani datang hantarkan buah tangan sikit. Tq so much. Dia nampak sihat, ceria, cuma batuk sikit, maklumlah cuaca di Tanah Suci tak menentu. 

Saya suruh dia makan double stemcell lebih sikit.. hahaha..

Semalam agak sibuk juga, saya jadi 'supir' kepada SSAK dan LAR. Jangan ingat Hameed, DAJA dan DBA sahaja yang ada supir, LAR dan SSAK pun ado aa..

Kami ke pejabat DAJA di MSN Bukit Jalil atas urusan rasmi Koperasi. Nampak SSAK dan LAR begitu komited untuk menjayakan Koop kita ni. Tanpa mereka berdua siapalah kita. Banyak juga yang perlu diuruskan seperti membuka pejabat, masukkan api, air, beli peralatan, berurusan dengan pemilik bangunan, ke Telekom Malaysia.

Itu belum kisah nak beli perabut, buku resit, buku invoice, pensel, pen, komputer, meja bos, meja kerani.. isk..isk lomeh sei menengok duo oghang ni. Harap2 mereka tidak domam..

Namun Alhamdullillah, AHLI LEMBAGA PENGARAH sangat memberikan kerjasama dan ini memudahkan sedikit urusan mereka berdua. Kita juga amat berterima kasih kepada Hameed yang sudi membantu dalam soal kewangan Koop kita pada peringkat awal ini. Sekali lagi tanpa dia siapa kita. Pada peringkat seterusnya sudah pasti peranan Datin Normah akan kembali kita tuntut.

9 Disember 2014 dalam kesibukan masing-masing, sempat juga kami buat reunion secara kecil-kecilan. SMBK dapat rakan baru iaitu Dato Baharudin Abdullah. Segalanya bermula apabila saya sedang termenung di kedai kopi di bawah pejabat stemcell di Desa Petaling. Hari Isnin 7 Disember 2014.

Hujan sangat lebat ketika itu dan tanpa disangka saya menerima sms dari Dato Baha bertanyakan apakah saya masih mengingati seorang kawan yang menetap di Sarawak. 

"Jokiden! ingat tak lagi kawan you yang di Sarawak?" Begitulah bunyi sms beliau.               

"Ingat" saya jawab ringkas.

Setelah beberapa kali ber sms dan bertanya khabar saya minta alamat penuh, username dan IC beliau. Untuk register ke double stemcell lah. Hahaha.. Ketika itulah saya baru mengetahui bahawa beliau telah memakai gelaran Dato.

"Tahniah kerana sudah jadi Dato'" kata saya.

Well, sebenarnya ada sedikit salah faham dikala kami bersms. Ini hanya disedari pada sebelah malamnya. Mungkin maksud beliau mengajak kita  mengadakan reunion di Sarawak dan dia jadi host. "Bueklah kek Sarawak" Saya kata boleh dengan syarat you join dulu. Tentulah maksud saya dia join double stemcell, kemudian saya barulah promosi ke sana dilakukan. Saya minta maklumat peribadi dan dia memberikannya.

Saya mohon maaflah kepada Dato Baha sekiranya betul apa yang berlaku ini adalah akibat salah terima, tersilap memahami. Saya maksudkan lain, dia pula maksudkan lain. Apapun segalanya berakhir dengan baik.

Beliau meminta saya mengajak beberapa orang rakan yang telah lama terpisah untuk bertemu di Seri Pan Pacific Hotel bersebelahan pejabat Datin Normah. "Kita lunch" katanya. "You datang tido KL den tanggung.." Katanya lagi.

Namun setelah mengambil kira segala faktor, jalan sesak, rakan-rakan jauh nak datang, maka persetujuan diambil untuk mengadakan lunch di Restoren LaRizz Bangi, milik rakan SMBK juga iaitu Pn Zainab. Saya menyakinkan beliau bahawa di LaRizz segala-galanya ok dan memuaskan.

Kami bertemu, turut hadir ialah Datin Nomah, LAR, Hameed, DAJA, Rubiah, SSAK, Rosli, Zainab, Rokiah @Mona Kiah, Siti Aminah, Maznun Isa, Aziz Alias dan to my surprise ialah Badariah juga sempat hadir dengan anknya.

Kegembiraan sukar digambarkan, masa terasa berlalu begitu pantas. Masing-masing punya urusan. Kira-kira jam 2.30 petang kami berpisah dan saya serta Rosli ditugaskan menghantar Dato' ke KLIA. Sebelum itu kami sempat bergegas ke Bangi mencari Sate Kajang kerana isteri Dato' telah berpesan supaya jangan naik kapal terbang jika Sate Kajang tak ado..


   Photo: DIE FOR SOMETHING
OR
DIE FOR NOTHING!!!

Rm 275 tak bankrupt pun kalau anda berbisnes... 
Dari log in Fb takde ape, lepak warung duit keluar tak masuk... apakata Pm saya untuk peluang bisnes hebat ni... InsyaAllah saya guife anda A to Z... Janji usaha dan yakin pada diri anda boleh!!!!

Pm/call/sms/whatsapp 0195522234 

 Di atas adalah contoh pendapatan dalam seminggu yang diperolehi oleh salah seorang networker dalam Phytoscience yang menjual produk double stemcell. Ini dihantar ke wall fb saya bukannya saya punya.

Jika bonus saya bertingkek macam ini jawabnya saya dah booking dah Royal Bintang untuk kawan2 SMBK ber dinner..siap dgn bagi produk free.  Hahaha..

Kepada rakan-rakan SMBK khususnya yang belum mendaftarkan diri dan ingin mencuba nasib boleh menghubungi saya. Kepada pembaca blog ini samada dari UK, USA, German, Indonesia, Brunie, Mesir atau dari mana sahaja jika berminat sila hubungi saya JOKIDEN di 012 2345889 atau email saya di jokidenn@gmail.com. 

Maklumat Syarikat ada di sini www.iphytoscience.com atau www.duitphytobotingkek.com.

Mana tau nasib anda juga baik seperti pemilik akaun di atas dimana RM102,000.00 hanya dalam tempoh seminggu.



Hahaha.. Salam sayang dan salam rindu semuanya.


2 comments:

  1. AsSalam,

    Terima kasih Jokiden jadi supir sei n Lar semalam, sei sobonar ee sogan nak mintak tolong ngan sesiapa ni....tapi Jokiden, Lar, MCC, Tahir dan Dato' Jalil sebagai tunggak kami semua .. banyak membantu saya untuk menjayakan koperasi smbk ni....Kalau ikutkan maleh, ponek dan memikirkan apa sei dapek. buek ini semua dah lamo koperasi ini berkubur...tapi sayang perkara yg baik dan berfaedah tidak dijayakan...Lembaga Pengarah yang lain juga memberikan kerjasama yang merangsangkan. Keletihan itu hilang bila semuanya menyokong usaha2 kami ini,,,,,maklumlah bila mesyuarat Ajk, yang dari jauh pun mereka sanggup datang dan sangat komited. Siapalah saya ni..untuk memaksa-maksa orang datang ke mesyuarat yang belum nampak hasilnya lagi..

    Alhamdulillah, usaha kami ini disokong oleh semua kawan2 smbk 69/74 khususnya AJK2, terutama kepada mereka yang sedia memberikan sumbangan yang tak berbelah bagi.
    Saya juga merasa malu kalau koperasi ini tidak berjaya.

    Semuga apa yang diusahakan berjaya dan kita sama-sama dapat menikmati faedahnya...

    Salam untuk semua.



    SSAK

    ReplyDelete
  2. Esok sokali laie sei kono jadi supir aaa huhuaaawaa. .!!! Kono anta SSAK dan LAR poie jumpo Bang Tahir pulak.. adolah urusan ttg koperasi tu.

    Takpo sobab kami ni PKK.. Jadi supir ni ado maso ea untung dapek makan free, minum free tapi takat ni rokok bolun free laie huhuhu Molampau lah klu rokokpun nak free.. hahaha.

    Jokiden

    ReplyDelete