GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Tuesday, June 10, 2014

INDAHNYA TANAH SUCI INI - PART FOUR

Oleh Jokiden:


   
Insan yang bernasib baik


Petang semalam ketika saya, SSAK, LAR dan Datin Normah menjamu selera di Ampangan, setiap orang recall kembali kisah-kisah manis, suka duka semasa berada di tanah suci. Saya mendengarnya dengan penuh minat. Tiga sahabat saya ini telah ke sana berkali-kali. Mereka telah tahu cara-cara untuk mendapatkan lebih banyak manafaat ketika berada di sana berbanding saya yang cuma kali pertama. Kisah-kisah benar tersebut meruntun hati saya. "Amat rugi sesiapa yang berpeluang ke sana, namun tidak mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk beribadat kepada Allah swt.." Itu rumusan mereka bertiga.

LAR tanpa dapat menahan perasaan hibanya dan kami menyaksikan betapa dia menitiskan air matanya di depan kami. Bayangkan ketika dia berada di sana. Subhanallah..

Saya teruskan memori ini tanpa ada niat untuk mengembalikan kenangan silam LAR semasa di sana. Dari tanah air lagi saya memang berhajat sangat untuk mencium Hajar Aswad. Teringat saya ketika zaman kanak-kanak, masih bersekolah rendah ketika itu, seorang guru agama mengajar di Masjid Sg Jelutong berkata, dia menyaksikan orang Arab tersebut mencurahkan minyak wangi ke dalam Hajar Aswad, sebab itu ia berbau tersangat wangi. Entah kenapa sehingga ke hari ini saya tidak mahu mempercayai kenyataannya itu. Saya mahu mengalaminya sendiri.

Menyaksikan orang sanggup bermandi peluh, berasak-asak sehingga lemas, tidak ada sopan santun menuju ke Hajar Aswad, saya merasa tersangat gerun. Namun saya gagahkan juga untuk mencuba. Kali pertama bersama Abdul sebagai pembantu dan kali kedua bersama Bang Ngah. Afiq tidak turut serta kerana kali pertama dia mencuba dia sudah tidak tahan dengan rembesan peluh jemaah dan yang paling dia tidak tahan ialah rasa 'geli' ketika berasak-asak tersebut. Kekuatan fizikal amat diperlukan untuk menjayakan misi tersebut. Pijak memijak adalah lumrah berhampiran Hajar Aswad ini.

Banyak kisah pelik dan ajaib yang saya baca berkenaan dengan kejayaan jemaah mencium Hajar Aswad. Ada yang terlalu mudah, ada yang dibantu oleh 'Malikat' dan ada yang dibantu oleh polis. Seorang rakan fb membuat komen.. "hati mesti ikhlas baru dapat mencium HA." Mungkinlah hati saya kurang ikhlas kerana sepanjang cubaan itu saya juga mengharapkan ada malaikat menolong saya.


  
Insan yang bernasib baik.

Di depan saya para jemaah yang berjaya mencium HA akan secara spontan menjerit sekuat hati sambil bertakbir dan airmatanya mencurah keluar. Jangan cerita pasal bermandi peluh, kerana dalam asakan tersebut juga terdapat jemaah yang semput dan tidak bernafas. Abdul dan Bang Ngah kelihatan cemas dengan situasi tersebut. Ramai yang penyet. Masa mula masuk merempuh ke HA saiz dada jemaah ada yang 45 inci, apabila keluar cuma tinggal 25  inci sahaja. Kepet. Sebab itu jemaah wanita harus berfikir sepuluh kali sebelum mencuba kerana tidak ada sesiapa yang akan memperdulikan anda, semua orang memikirkan hal diri sendiri. mungkin Kerajaan Arab Saudi harus memikirkan satu kaedah yang sesuai yang membolehkan lebih ramai jemaah berjaya mencium HA suatu hari nanti.

Sehingga hari terakhir dan setelah selesai tawaf wida', saya masih gagal untuk mencium HA. Kecewanya hati bukan kepalang, namun saya juga telah berikrar, semuanya adalah ketentuan Allah swt. Tidak ada joki kali ini, mungkin di lain kesempatan saya akan cuba. Maknanya hasrat dan niat untuk ke sana lagi telah saya tanamkan di dalam hati ini. Hanya masa dan keadaan yang akan menentukannya. Insya Allah. 


   
Batu dari Syurga

Beginilah yang kita dapat saksikan ketika berebut2 untuk mencium HA.

Asalnya tujuh butir batu dari Syurga tersebut adalah berwarna putih malah lebih putih dari susu. Dosa-dosa anak Adamlah yang membuatkannya menjadi hitam. Layarilah internet atau buat carian dalam google, banyak kisah menarik tentang Hajar Aswad ini yang boleh menaikan nafsu keinginan kita untuk ke Tanah Suci.

Bahagialah Datin Normah Ali kerana dia juga antara jemaah pilihan Allah yang berjaya mencium Hajar Aswad. Patutlah rezeki ea melempah ruah sehingga ke hari ini. Seorang rakan saya yang menunaikan Umrah pada tahun lepas juga memberitahu saya bahawa dia juga berjaya mencium HA. Jika berdasarkan fizikal dan keuzurannya tidak akan ada yang percaya bahawa dia berjaya melakukannya. Itulah kurniaan Allah swt kepada hambanya.

Jiran saya pula memberitahu dia merenung dari jauh dengan wajah sayu ke Hajar Aswad sambil memerhatikan rakan-rakan dari kumpulannya telah mula beratur untuk melakukan ciuman sedangkan dia tercicir. Dia melakukan solat sunat hajat dengan khusyuk dan "apabila saya membuka mata saya dapati saya telah berada betul-betul di depan HA mendahului rakan-rakan saya... berhamburan airmata saya ketika itu..." Katanya mengimbau kembali kenangan semasa di Mekah. Begitulah nasib orang, saya reda. 


2 comments:

  1. AsSalam, se idah baco Jokiden...
    Apa yg u rasakan sumenya sama belaka...tambah lagi u merasa kecewa dan terkilan tak dapat mencium HA pada kali pertama menjadi tetamu disana...

    Itu menunjukkan bahawa Jokiden akan dijemput lagi oleh yg esa kesana selepas ini... tunggu je lah masa itu akan tiba.....janganlah rasa kecewa sangat pada apa yang telah menjadi ketentuannya.


    SSAK

    ReplyDelete