GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Thursday, June 12, 2014

INDAHNYA TANAH SUCI INI - PART SIX - NASI ARAB

Oleh: Jokiden
     
Kawan sei Dato' Azhar semasa menunaikan Umrah bersama keluarganya.

    
Ziarah, lopeh tu sompek shoping sikit..


Terbaca komen Kakcik Mariani dalam posting yang lalu, seleranya adalah selera Malaysia. Di dalam postingnya di fb beliau ada menunjukkan gambar sedang membeli makanan di salah sebuah restoren. Di Madinah dan di Mekah secanggih manapun restorenya yang berada di hotel mewah atau hotel sederhana, cawan teh tariknya tetaplah daripada kertas. 

Tokey restoren menjimatkan tenaga kerja kerana tidak perlu mencuci pinggan mangkuk yang kotor. Mudah sangat, habis digunakan terus sahaja di kutip oleh pemungut sampah, memasukkannya ke dalam karung plastik dan membuangnya ke tempat himpunan sampah.

Para jemaah yang mengikuti pakej mana sekalipun pasti disediakan makanan di tempat penginapan masing-masing. Selepas subuh minum pagi, selepas zuhur makan tengah hari dan selepas Isyak makan malam. Setiap hidangan makanan pasti tidak ketinggalan 'Timun Jopun'..

Penyediaan makanan ini selalunya disediakan oleh tukang masak dari Indonesia. Di hotel saya umpamanya makanan kami disediakan oleh petugas dari Indonesia. Masakan hampir sama setiap hari. Saya dan keluarga telah memasang tekad sejak dari tanah air lagi bahawa kami tidak akan komplen apa-apa. Kami akan redha seadanya. Kami akan makan apa sahaja, lalu sepanjang berada di Tanah Suci kami tidak langsung menghadapi masalah makanan. Itulah kebesaran Allah swt.

Di Madinah dan di Mekah para jemaah Malaysia sepatutnya tiada langsung masalah makanan ini. Sekiranya tidak berselera makan di hotel boleh sahaja singgah atau pergi ke mana-mana restoren yang dengan mudah ditemui sekitar dua masjid ini.

Umpamanya selesai sahaja bersolat di Masjidil Haram, kita boleh pergi menyejukkan badan di Pusat membeli belah di Menara Jam Besar. Pusat ini sama seperti KLCC atau di Mid Valley, dimana terdapat puluhan restoren yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.

Bersebelahan Menara Jam Besar ialah Menara Safwa. Di situ terdapat restoren D' Saji yang pastinya menu di situ menepati selera Kakcik. Di situ menu nasi campur juga disediakan selain daripada roti canai dan teh tarik kaw. Fast Food juga berlambak di sana dan tempat makan adalah selesa. Yang perlu disediakan ialah duit. Bahaso kengkawan ialah 'pokakeh' jika pokakeh ado tidak ado masalah untuk mendapatkan apa sahaja yang kita perlukan.

Saya sesekali dalam perjalanan pulang ke hotel setelah selesai solat subuh, samada kami singgah di D'Saji untuk pekena roti canai dan teh tarik atau kami beli bungkus untuk makan di hotel. Pilihlah lauk apa yang kita nak. Dengan 18SR hingga 22SR bergantung di kedai mana kita membelinya, makanan itu boleh cukup untuk 4 orang minum pagi.

Cara orang Arab, orang India, orang Pakistan, orang Indon malah orang Malaysia menghias dan mempamirkan lauk pauk dan nasi beras panjangnya boleh membuatkan kita lapar sepanjang hari. Rendang ayam masak kari atau kukus amat menyelerakan dan kita selalunya ingin mencuba pelbagai jenis masakan.

Di Restoren juga kita biasa ternampak atau terlihat empat lima orang sedang menikmati makanan dalam dulang yang besar. Di sana tiada peliknya. Tiada rasa jijik agaknya walaupun... hishh sogan sei nak nulih ea..
Hari Isnin dan Khamis waktu berbuka puasa jika ada yang menghidangkan nasi, begitu juga caranya, mereka makan beramai-ramai. Namun kebanyaknya berbuka dengan buah tamar dan air zam-zam sahaja.

Indahnya semua pemandangan itu. Bayangkan jemaah setiap masa menghirup air zam-zam yang sejuk dan nyaman dan para petugas sentiasa mempastikan bekalan adalah mencukupi. Berjuta-juta cawan plastik digunakan setiap hari di kedua-dua masjid ini, namun telaga zam-zam tidak pernah kering sehingga memeningkan para pengkaji Barat.


  






Kawan saya Dato' Azhar Abu Bakar yang menunaikan Umrah bersama keluarganya tidak lama dahulu. Kali pertama melihat gambar ini dahulu, terasa syahdu di jiwa saya. 



Di dalam dua buah masjid ini sekiranya ternampak orang memakai songkok hitam, pastilah samada dari Malaysia, Brunei atau dari Indonesia. Jemaah dari Filipina jarang memakai songkok hitam. Jumlah jemaah dari Indonesia adalah ramai. Mereka datang secara berkumpulan.

Para jemaah pula meliputi pelbagai lapisan umur dari bayi yang didukung sehinggalah ke warga emas yang terpaksa di tolak dengan kerusi roda. Semuanya seolah-olah mudah di sana walaupun realitinya yang menolak kerusi roda terpaksa menggunakan tenaga dua kali ganda. 

Yang tua dan bertongkat juga mudah kita lihat kerana jumlahnya ramai. Hanya semangat yang membara untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa sahaja yang memungkinkan mereka sampai ke sana. Kumpulan ini juga mudah mendapat bantuan daripada jemaah lain atau petugas di dua buah masjid ini. Bersama penerbangan dengan saya juga terdapat beberapa orang yang menggunakan kerusi roda. Segalanya berjalan lancar dan pengorbanan ahli keluarga pastinya mendapat ganjaran yang besar. Insya Allah. 

   

4 comments:

  1. Memang betul kata Jokiden...apabila berada disana sebenarnya kita tidak boleh sedikit pun mengomen atau berasa tidak puas hati tntang apasaja yang dilihat atau dirasa.. Saya menunaikan fardu haji pada 2010...sesampai diMekah badan penat, maklum seharian dalam penerbangan.. selera pun kurang..apa saja dimakan terasa tawar..suami brtanya mengapa tk turun kedewan makan..saya mencebik mulut tanda tidak suka, suami tidak memahami apa maksud saya..saya mimintanya mmbelikan roti saja yang berlambak dijual disekitar hotel..walaupun mimik muka tidak dimengerti manusia lain, namun Allah tetap tau apa didalam hati..dan semenjak itu tiada apa yang berselera bagi saya..hanya selepas sebulan saya berada disana saya menceritakan pada suami...suami segera meminta saya bertaubat kepada Allah..selepas solat taubat baharu saya rasa sedikit berselera, syukur alhamdullillah Allah telah memberi saya tenaga dan kesihatan untuk menunaikan semua rukun dn wajib haji dengan sempurna In Sya Allah...semoga ibadah saya di terima Allah sepenuhnya....Terbayang kembali beberapakali makan direstaurant Dsaji..MD

    ReplyDelete
  2. Masa itu kira-kira tahun 1985 atau 1986, saya kurang pasti. Seorang rakan saya pergi menunaikan haji. Di tana air dia secara berseloroh mengatakan "den apo susah, tak kisah tak makan nasik doh.. den makan bondo lain, ghuti ko, kobab ko.. kek sanun banyak"

    Kembali ke tanah air badannya menjadi kurus. Saya mendapat tahu bahawa sepanjang sebulan lebih dia berada di Mekah, dia langsung tidak menjamah nasi. Apabila cuba sahaja hendak makan nasi, nasi yang dimakan termuntah dengan sendirinya. Sebulan dia hanya makan roti di sana.

    Ada lagi kisah-kisah lain yang menarik dan menggerunkan saya mendengarnya yang dialami oleh para jemaah yang bersikap takbur walaupun di dalam hati ketika berada di sana. Semua itu bahagian masing-masing.

    Jokiden.

    ReplyDelete
  3. AsSalam,

    Pengalaman diatas memang ada kebenarannya, tak payah lah banyak2 buat angkara..pergilah dengan hati yang ikhlas dan jujur pada diri sendiri. Sedarlah pemergian itu adalah didalam musafir....jika faham bermusafir sudah tentu menerima keredhaan apa saja yang menimpa......seharusnya berfikiran positif.....
    sedar dan insaf kedatangan kita disitu untuk beribadah kehadrat illahi yang banyak ganjarannya dari tanah air sendiri....sekiranya ganjaran sama saja dengan di tanah air kita maka tidak payahlah orang2 berebut2 utk kesana.

    Walau apapun saya tidak pernah memikiran hal2 makanan, minuman atau apa2 pun hanya memikirkan kemampuan beribadah semasa sampai disana saja...Alhamdullilah semuanya saya berjaya melakukannya.... banyak juga dugaan saya disana dimana terpaksa menjaga orang tua (bukan ibu bapa saya) yang sakit dimana tidak dipedulikan oleh ahli keluarganya yang sama pergi....yang sakit kaki, yang demam, yang sakit perut...lebih tak selesa lagi tak tahan pulak jadi ponoman mereka untuk ke bilik air. Ado yang asyik ajak balik hotel selopeh yo sembahyang waktu....poninggg...bayangkanlah klu terjumpo ado yang berperangai sebegini lomehhh.....hanya Allah yang tahu betapa kritikalnya keadaan sebegini ......bilo poie shopping hilang terus sakitnya...tak pulak tokoncing2......begitulah kawan2 dugaan yang diterima.....kalau bab makan ni saya tak masalah.....Alhamdullilah...bak kato Jokiden ado pokakeh tak masalah.


    SSAK

    ReplyDelete
  4. "The Power and Blessings of Surah Al Mulk: A Spiritual Journey" illuminates the divine wisdom and spiritual blessings encapsulated within Surah Al Mulk. Embark on a profound exploration of this chapter, delving into its verses to unlock spiritual enlightenment, find solace in its comforting words, and experience a transformative journey that brings you closer to the divine presence. Let the power of Surah Al Mulk guide you on a sacred path of reflection, gratitude, and spiritual growth.

    Online Surah Al Mulk



    ReplyDelete