GAMBAR EDISI TERBARU

GAMBAR EDISI TERBARU
Kekal bersama...selamanya.

Sunday, June 8, 2014

INDAHNYA TANAH SUCI INI - PART THREE

Oleh Jokiden:

Secara peribadinya, memakai ihram, solat tahiyatul masjid dan kemudian solat sunat umrah, mungkin itulah saat yang paling indah rasanya bagi saya...Hati saya tersenyum setiap kali memakai ihram. Nak senyum terang-terangan takut nanti orang rasa pelik pulak. Saya tersenyum di dalam hati. Terasa bahagia di dalam timbunan dosa terhadap Illahi. 

Setelah memakai ihram untuk seketika mungkin beberapa saat, saya terlupa tentang dunia. Sebenarnya beberapa saat itu sudah cukup membahagiakan saya.

Dari Miqat sepanjang perjalanan Mutawif akan membaca Labaikallah humma labaik sehinggalah dia tertidur...Kami mengikutinya beramai-ramai dan setengah daripada kami mengalirkan airmata tanpa sedar.

Saya dengan seorang rakan dan tiga orang hero saya agak terlewat memakai ihram dan saya terpaksa menjadi ketua untuk memulakannya sebaik keluar dari masjid menuju kepada bas. Suara kami semakin sayup dan kami berlima menjadi sebak semaunya.. Entah bila saat itu akan datang semula dalam hidup ini.

 
Kita adalah sama sahaja.. Jokiden n Abdul.

Perjalanan dari Madinah menuju Kota Suci Mekah mengambil masa antara 4 hingga enam jam dengan bas bergantungan kepada keadaan jalan dan keadaan bas juga berapa kali berhenti dan berapa lama pula..

Robongan kami hanya berhenti sekali sahaja di Lebuh Raya itu dan biasalah apabila turun dari bas agenda pertama ialah menyedut rokok. Tandas dan bilik air tidak beberapa bersih, malah R & R kita jauh lebih sempurna dan nyaman. Stesyen minyak ada, gerai minuman banyak, surau ada, kedai menjual barangan biasa juga ada.

Saya lepak di sebuah gerai dan sebentar itu juga anak saya telah membawakan teh tarik tanpa perlu di suruh. Saya menikmatinya seadanya dalam pakaian ihram tersebut. Cuaca sangat panas dan angin juga bertiup kencang. Saya sempat membeli cermin mata hitam dan penjualnya fasih benar berbahasa Melayu. Sambil menikmati teh tarik dan rokok, anak saya sempat lagi menghantarkan mee maggie cup.. huh enaknya bukan kepalang.. susah nak gambarkan. Santai, termenung panjang, ingatkan kampung halaman dan akhirnya saya menjadi peserta rombongan yang paling last naik bas.. mohon ampun kepada semua.

Perjalanan diteruskan. Senja merangkak tiba. Mengikut jam di tangan saya, kami sepatutnya belum memasuki Kota Mekah. Beria-ia saya mengatakan lagi dua jam baru sampai. Namun di depan kami sudah jelas kelihatan menara jam besar tersebut. Kelihatan rendah sahaja. Beria-ia saya mengatakan itu bukan jam besar walaupun bentuknya sama.

Kemudian isteri saya menunjukkan papan tanda, Kota Mekah lagi 6 kilometer. Kiri kanan jalan deretan rumah kedai yang padat dan terang benderang dengan lampu. Jantung saya berdegup laju. "Saya sudah berada di sini.." bisik hati saya. Pemandu bas memandu terus tanpa memikirkan degupan jantung para jemaah yang semakin kencang.

Jam besar semakin jelas kelihatan dan ketika bas membeluk ke arah bukit, maka sahlah kami telah sampai ke Masjidil Haram di senja yang hening itu. Azan maghrib berkumandang, perasaan saya ketika itu tidak ketentuan. Bercampur baur. Takut, bimbang, sedih, sayu, hiba dan entah apa-apa lagi.

Jelas kelihatan di luar orang berduyun-duyun menuju ke masjid. Mutawif kami tidak bercakap sepatahpun memberikan penerangan. Dia juga tertidur lena. Hish..!!!

Tidak lama kemudian bas yang membawa kami tiba di hotel penginapan. Arahan diberikan apa yang sepatutnya kami lakukan..Langkah saya tersangatlah longlai menuju ke bilik hotel.
    
Sekali bersolat di Masjidil Haram, seolah-olah kita telah bersolat sebanyak 100,000 kali. Sembahyang berjemaah, sekiranya ada kekurangan di pihak kita maka jemaah lain akan cover. Itulah yang saya faham.

Di luar Kota Mekah bumi yang paling diberkati Allah, sembahyang kita selama 60 tahun tanpa miss 5 kali sehari semalam, hanya dengan satu solat di Masjidil Haram telah menyamainya. Begitulah tingginya ganjaran yang Allah berikan kepada sesiapa yang berpeluang ke sana. 

Sebab itu setiap muslim mempunyai cita-cita untuk beribadat di sana walaupun sekali seumur hidup. Masjidil Haram dikunjungi oleh jutaaan manusia setiap tahun dari seluruh pelusuk dunia. Tiada tujuan lain ke sana selain daripada untuk mendapat ke redaan Allah swt.

Seperti yang saya sebut di awal pengkisahan ini, sesiapa sahaja di sana akan mendapat rahmat Allah walau dalam keadaan apa sekalipun. Ganjaran Allah pasti tiba kecuali kepada sesiapa yang sengaja tidak mahukannya.

Gerak hati dan tutur kata mestilah dijaga sepenuhnya. Riak, angkuh sombong dan takbur mestilah dihindarkan walaupun di dalam hati. Seboleh mungkin mestilah ikhlas beribadat kepada Allah semata-mata.

Next, Rhaudah, Multazam, Kaabah, Jabarr Rahmah..

2 comments:

  1. Copek Jokiden sei nak baca part 4 lak....part 1, 2, 3 sumenya mengimbaukan kenangan saya yang lalu..terasa saya baru je kesana dan baru je balik dari sana sedangkan telah berlalu agak lama......rasa rindu pulak untuk kesana lagi walaupun sudah beberapa kali kesana..... rasa tak puas2 jugak.....tapi apakan daya.......semuga saya dan keluarga dipanggil oleh yg esa utk menjadi tetamunya lagi.....amin

    SSAK

    ReplyDelete
  2. Bawak bosoba SSAK..sei tongah nulih ni aaa..

    ReplyDelete